Y A S M I N



D 3 - 4 K O R E A 2 0 2 0

Sunday, May 3, 2020






Day 3 & 4,

  Hari yang paling ditunggu-tunggu. Kami ke daerah luar Seoul. Nama tempat tu Daegwallyeong. Tiga jam lebih jarak perjalanan dari Seoul. Terasa seperti pergi roadtrip dengan family dan kawan-kawan. Untuk kesana, boss sewa mini van (Hyundai Starex) beserta driver. Asalnya nak drive sendiri tapi nanti sesat pula dekat sana sebab tiada sorang pun dari kitorang boleh cakap Korea fluently. Tapi, driver kitorang tak boleh cakap english pula. App Papago banyak membantu untuk bercakap dengan  ahjussi tu. Isyarat tangan pun turut membantu haha. 

    Janji nak gerak sebelum pukul 7 pagi tapi sebagai seorang rakyat Malaysia yang sejati, pukul 7:30 pagi pun masih dalam rumah. Ahjussi tu pun lambat 30 minit. Jadi, adillah kan. Pagi-pagi lagi Aunty (mama iman) dah berhempas pulas di dapur, siapkan barang makanan untuk dimasak disana. Kami ke sana untuk 2 hari 1 malam sahaja tapi beg-beg yang dibawa macam untuk tidur 5 hari.  Ahjussi aigoo aigoo tengok beg kitorang. Dah setel semua dalam kereta, lebih kurang pukul 8:10 pagi, kitorang dah dalam perjalanan menuju ke destinasi berpandukan GPS. 








    Somehow, aku & Farah macam jadi translator antara ahjussi dengan yang lain. Tapi kitorang basic korean Level 2 pun tak lepas, setakat boleh faham and cakap bahasa simple jelah haha. Disebabkan itu kitorang kena duduk depan. Keadaan sempit kat depan tu memang buat cramp kaki. Sejam kemudian,  ahjussi stop kat area RnR. Toilet stop katanya tapi kitorang bukan toilet stop sahaja. Food stop lah, coffee stop lah, view stop lah. Sekali lagi, aigoo aigoo ahjussi tu. Maafkan kami haha. RnR Korea lawa nak nangis. Macam-macam makanan jual tapi takut nak beli. Berani beli air sahaja. Dekat 30 minit juga kitorang stop. Sabar jelah haha. Sebelum gerak semula, ahjussi warning dah tak stop tau. Hahaha. Memang iya, lepas tu tiada stop dah. 

   Kecuali! bila kitorang masuk area Pyeongchang, ada satu tempat ni, view dia masyaallah lawa sangat. Pokok-pokok diselaputi snow putih. Macam masuk cerita Frozen, semuanya ice & snow. Kitorang dalam kereta dengan phone masing masing "woah woah" sampaikan pakcik tu stop tepi jalan untuk kitorang bergambar hahahaha. Subhanallah sumpah lawa view dia. Snap snap snap. Perjalanan pun diteruskan. Kami tak check-in guesthouse dulu, dengan beg beg besar, kitorang bawa naik masuk Daegwallyeong Samyang Ranch. Semestinya beg dalam van, takkan nak tarik tangan haha. Oh ya, nak naik area Samyang ranch ni scary sikit sebab musim sejuk kan ditambah dengan global warming lagi. Ais kat atas tu start cair. Jadi jalan licin, kereta nak naik pun kena perlahan-lahan. Lagilah, kami naik kereta besar, Hyundai starex. Berat dengan manusia dan bag. Tapi ahjussi pro, rasa selamat je dia bawa naik atas.








    Aku tak tahu berapa lama orang biasa boleh tahan berada kat area yang dikelilingi salji tebal. Tapi kami 4 jam kat luar tu. Punyalah lama tanpa sedar 4 jam dah berlalu. Dalam pukul 3 petang kot rasanya, kitorang turun untuk checkin guesthouse. Tapi kerja tak habis lagi time tu, sambung dalam rumah pula. Dah check-in, kitorang makan dulu dengan bekalan yang Aunty dah sediakan dari Seoul. Masakan melayu kalau tak silap. Kitorang jamu makanan melayu ke orang korea hahaha. Oh ya, rumah tu heater lambatnya ya allah nak panas. Tengah malam time tidur baru start panas. 


   Btw, kenapa ada gambar oppa kat atas tu? Not so oppa lah, dia suruh panggil Mr Kim haha sebab susah nak sebut nama dia. Kitorang hire dia untuk shoot video. Siapa tahu Kmong? Hire dia dari situlah. Kmong ni macam website untuk cari freelancer dalam semua bidang. Website ni dalam bahasa korea dan bukan semua orang dalam tu boleh cakap english.  


    Guesthouse ni kitorang book through Airbnb. Masyaallah sumpah lawa. Disebabkan rumah ni, aku jadi gila cream & putih. Sebelum sampai tu, kitorang mati-matian ingat rumah 2 tingkat, rupanya penthouse yang ada attic. Ada 3 bilik tidur, 2 bilik air dan 1 bilik mainan(?) kat attic. Kitorang lupa actually, driver ada sekali dengan kitorang, jadi kena provide bilik untuk dia juga. Tiga bilik bawah dah penuh. Kitorang seramai 9 orang tau plus driver jadi 10 orang total. Takkan kitorang the perempuans nak tido kat ruang tamu. Kalau tiada driver, boleh je bentang futon depan TV tu. Terpaksa kitorang tidur kat bilik mainan atas kat attic. Heater pula tak sampai atas. Kitorang pakat ambil 3 selimut untuk setiap seorang balut diri supaya tak kesejukan. Nostalgic gila rasa waktu tu. Macam rasa kat kampung nak raya, tido dengan cousins ramai ramai berderet. Rindu!

Gambar google tapi feel dia camni bila dah bentang tilam kat atas tu.

    Keesokan harinya, pukul 8 pagi jaga. Aunty masak bihun tapi yang lawaknya bihun takde jadi gantikan dengan Korean Glass Noodles. Masakan melayu ada sentuhan makanan korea. Tapi sedap! Sumpah sedap! Tak main-main. Kalau ikutkan jadual, kena sambung kerja juga harini. Satu masalah pula nak cari tempat snow lain kat area situ. Try untuk masuk area ski tapi tak boleh sebab mahal sangat dan kebetulan ramai orang haritu. Berlegar-legar 2/3 tempat juga. Akhirnya masuk balik Samyang Ranch, tempat semalam. Ada issue juga dengan ahjussi time tu tentang masa. Dia suruh balik pukul 3 tapi kerja kitorang tak setel lagi. Pukul 4 baru habis, nasib ahjussi tak marah walaupun ada tarik muka sikit mula tu. Turun dari Samyang Ranch, nak jaga hati ahjussi, kitorang belanja dia coffee walaupun tak tahu dia suka apa haha. Perjalanan balik ke Seoul diteruskan. Waktu tu, jam 5:30 petang dah gelap. Disaat semua terlentok tidur, how can I sleep biarkan ahjussi seorang diri je bawa kereta. Tak sampai hati nak tidur, aku pura pura tengok phone. Nasib baik radio pasang, adalah 2,3 lagu favourite keluar. Asal tak sunyi bolehlah kan. 


Thank you. 





Update as of 21/10/2021 
= Cerita tak habis lah korang! Nanti yasmin update lagi okay. Cerita cerita kitorang travel dengan iman troye di Korea hahah. Xdelah gurau je. Alhamdulilah iman dah berjaya jadi penyanyi yang comel. Memang impian dia! Tiap tiap masa nyanyi je hahah. Semoga sukses sentiasa! 
0 comments


Post a Comment