Y A S M I N



MMU part 2

Friday, June 23, 2017



Update 2019: What is this Yasmin!! malu baca penulisan yang mengikut emosi, emo sangat waktu ni.


#sambunganonhowtolifekatmmu


Tengah mood rajin nak bercerita.

What you need to prepare bila dah masuk MMU? Alhamdulilah dah selamat masuk tahun kedua degree tapi dah 3 tahun dalam ni dari 2015, so mari bercerita. Cerita dan memori pahit getir zaman foundation. 

First, what you need to prepare bila dah masuk mmu? 
Pertama sekali bila korang dah masuk sini, you have to make friends. Kalau taknak make friends pun nanti mesti ada yang nak make friends dengan awak. Korang akan lalui orientation weak. Di situ, korang akan rasa macam masuk dunia baru pastu korang akan "oohh macamni ke life as a university student." TIDAK! Apa yang korang rasa time orientation tu tak melambangkan life as a university student langsung. Minggu orientation lah minggu yang paling korang kena enjoy takleh nak benci benci sebab dia once in a lifetime(mungkin ada orang dah berkali-kali). Waktu orientation week lah kita berkenal-kenalan dan dapat kawan baru dan jumpa pelbagai jenis ragam manusia. Orientation week ni wajib korang join (tapi ada je yang tak join, cis) sebab program ni macam pengasas korang nak start life kat uni. Senang je, ikut je arahan OC tapi kalau dia suruh buat benda melebihi batasan tu sila katakan tidak. Diorang pun manusia biasa, boleh buat salah silap, bila dah terhype dengan keadaan sekeliling, boleh jadi lalai sebentar. 

 From my pengalaman time orientation week dulu. I was excited, way to excited and after dah habis baru perasan ada benda yang aku terlari sikit. However, that's end there. During orientation everyone diasingkan ke dalam group masing masing. Dalam group tu korang akan dapat people from different faculties. Time ni lah korang buat connection. As I say, you need friends untuk hidup kat mmu or any uni. Mana tahu orang ni dari fakulti ni boleh tolong korang dalam buat assignment korang yang akan datang. In my group, ada kawan dari FOE, FOM, FCI, LIFE, and FCM. Semua fakulti ada. Lagi best bila ada kawan satu kos, korang dah boleh rancang nak kelas mana, pukul berapa, class section mana. Agak beruntung jugalah haritu sebab dapat roommate yang satu kos and dialah kawan pertama kat mmu sampai sekarang melekat. 

-end of story pasal orientation-

How to berdikari kat hostel. 
 There is actually no  tips, sebab when you are alone rasa berdikari tu datang secara sendiri. Dia macam, kalau aku tak buat , aku tak dapat. Serupa macam kalau aku tak makan , nanti aku lapar, so aku pun makanlah. Berdikari ni akan datang punyalah. Korang kena mindset cam ayat atas ni lah, kalau aku tak buat, aku tak dapat. 

Camna survive 1st week? 
 Jawapan; Nangis. Dahlah 1st week tu 2nd week Ramadhan start. Sendu weyh 1st time puasa sorang-sorang pastu tak dapat buka puasa dengan family. Homesick gila gila sebab 1st time duduk asrama, duduk sorang diri. Mujur orientation tak dalam bulan puasa. Boleh pengsan rasanya. Kitorang orientation 5 hari dulu. Korang camne? 5 hari orientation turun 3 kg tau. Lari sana, Lari sini. Masuk pulak bulan ramadhan. Kami still tak tahu kedai makan kat mana. Berbuka kat surau mmu lah kami setiap hari. Turun lagi 2/3 kg tau lpas tu. Alangkah seronokya waktu itu...pastu raya datang, makan tak ingat dunia, naik semula. Ha. ha. ha. 

Mesti orang yang terer english je boleh masuk mmu kan?
Tidak sama sekali. Macam saya, belajar sekolah menengah kebangsaan biasa je. Tak pernah guna english dalam hidup untuk communicate. Pernah sekali dengan mat salleh mana ntah nak cakap dengan abah. Itu jelah. But, korang kena lah faham dan boleh communicate sikit dalam english. Sebab dalam kelas, lecturer biasanya akan guna 2 bahasa. Bahasa English dan bahasa melayu tapi minima. Dan kebiasannya kalau dapat lecturer chinese, diorang guna bahasa melayu bila nak buat joke je. HaHaHa. Korang banyak kan tengok movie movie english je nanti korang akan ok. My way to improve my english adalah dengan tonton banyak movie english with subtitle(eng) dan banyak membaca. Kalau dapat Lecturer melayu pulak diorang of courselah guna melayu banyak. Don't worry. Ohh ya ikut musim intake jugak, kebiasaanya intake june paling ramai student dan semua races equal=sama ramai. Ada certain intake yang foreigner ramai. tak ingat intake bulan berapa. Time intake june batch kami dulu, dalam kelas ada 3 orang foreigner. Semua baik baik. Camna entah boleh pulak sergroup ngan kawan sorang ni dari africa. Jauh dia datang tuntut ilmu. Lelaki. Mula mula tu agak takut sebab foreigner kot. Tapi bila dah kenal kenal baik orangnya.


Update 2019: Alhamdulilah, muet haritu band 4. Tiberrrr


Untuk student FCM foundation creative multimedia, apa yang kena ready? 
Time foundation, korang akan ada kelas drawing, photography, vrc, computer graphic, humanities class, dan itu je kot. Untuk drawing class, kelas paling rilex. Korang perlu sediakan pensil, crayon dan akan ada lagi nanti sir/madam korang beritahu.  Susah ke? akak takde background art pun sebelum sebelum ni. Kelas ni tak susah, kelas paling rasa tak stress. Lecturer pun baik-baik. Diorang akan ajar satu persatu sampai korang pandai. Photography, kitorang dulu dapat che mat, Sir aliff & Ms linda. Rasa macam masuk bengkel photography yang mahal *yurankelasnimemangmahalpun. Korang semua akan banyak berjalan sebab kelas photography ni. Pergi sungai lah, tengah bandar lah. Selepas korang dah diberi tugasan dari che mat korang stiap minggu kena tunjuk hasil. Lebih kepada consult. 1 tugasan biasanya diberi waktu.selama 4/5 minggu Kelas ni seronok tapi kalau korang malas , akan ada file melayang. Wajib datang kelas on time! Wajib ada kamera DSLR. Kalau dulu akan ada orang datang jual kamera dalam kelas hahaha. Macam macam harga diskaun/promosi dia bagi lah time tu. VRC, Computer Graphic, dan humanities class kelas yang memerlukan kemahiran. Humanities class, korang kena banyak berfikir, berfikir di luar kotak.  Kelas ni fully english. Dan kelas paling ramai. Ohhh ada kelas English. Belajar pasal english lah. Insyaallah senang je.  So far, for me Foundation year, zaman yang paling rilex selepas dah masuk degree ni. Zaman Degree ni lagi banyak malam tak tidur. Zaman Foundation ada jugak tak tido malam tapi still dapat tido jugak dan tak stress sangat. Pernah lah sekali tu nak giveup.. 'jadi cleaner lagi senang' waktu tu lahh.  AHHH rindu foundation. Last but not least, mental fizikal semua kena ready. Duit yang banyak juga kena ready. Korang akan banyak keluar duit time zaman foundation sebab kena beli ni lah, print ni lah. Jangan risau, naik Degree lagi banyak jumlah duit dari foundation korang kena guna. Saya galakkan awak semua start menabung dari sekarang. Money money money. 



Mana nak makan? ada kedai ke dalam mmu?
Ada! 7e pun ada. Ada kedai nasi berlauk, kedai masakan western. <-- kat bawah. Pakcik yang berniaga western kat bawah(depan stadium) sumpah sedap. Murah ! Banyak pulak tu. Serius banyak , tak tipu tipu ni. Rindu nak makan mac&cheese pakcik. Ada juga kedai makan yang masak semua benda, dulu kedai ni kecik je, fokus kat western. Diorang berniaga kat hostel lelaki bangunan lama je dulu. Lepas kena keluar hostel, diorang berniaga kat tempat kedai makan betul betul pula sebelah STAD. Makin lama, makin maju diorang ni. Ada buat delivery jugak.


Akhir kata, hidup kena enjoy. Tapi enjoy berpada-pada ye. Ada time kita akan rasa susah sampai rasa nak giveup tapi itu semua perkara biasa yang berlaku kat semua orang. Kita kena bangkit dari rasa malas, rasa give up semua tu. Fikir pasal orang tua korang, orang yang tanggung korang dari korang kecik sampai lah nak masuk belajar dah ni. Goodluck korang ! Selamat belajar.


p/s: esok raya ~ Selamat Hari Raya.


Another update 2019: Mungkin banyak dah berubah sekarang ni, as banyak kos baru dah wujud kat FCM.

Update 2020, I don't know keadaan kedai makan dalam MMU. Covid-19 menyerang sekarang ni. 

Update 2023: Tinggal 7e & beberapa kedai makanan arab je kat bawah tu. So sad :(


Sekian,
Bye Bye.

0 comments


Post a Comment