MMU
Friday, June 23, 2017
Assalamualaikum
#kamikenahalauhostelmmu
Sekarang dah masuk minggu ke 3 cuti sem. MMU bagi cuti sebulan je. Dahlah sebulan je pastu kitorang kena halau pulak tu dari hostel. Camna boleh kena halau tu? Takdelah kena halau yang "pergi kau!" tapi from my pov, nampak macam tu jugak gayanya. Lol.
Bila dah tak jadi penghuni hostel ni, boleh lah kan nak bercerita sikit #banyak pasal kemudahan kat hostel ni kan.. kan.. kan. Basically hostel kat MMU cyber ni tak seperti apa yang korang bayang-bayangkan. Hostel sini, tandas kat luar tau. Pandai pandai lah mengamalkan sikap sharing is caring sebab tempat mandi ada 3 je unless korang jenis yang mandi kat jamban. Jamban dia kecik, jangan pikir boleh mandi situ melainkan korang kecil. Cakap pasal jamban, boleh buat sakit hati. Susah nak discribe kan camna sakit hati dia tu. Jamban dia kecik. Jarak antara mangkuk jamban dngan pintu bila buka/tutup macam saiz buku text science tau. Tiap kali korang nak masuk korang kena tolak pintu pastu korang masuk pastu kena kempiskan perut korang/ masuk style mengereng pastu baru boleh tutup pintu. Oh ya. pintu dia tak tarik keluar dia tolak ke dalam. Why I'm telling this sebab pernah ada memori hitam. Cis. Btw, tandas untuk mandi ada 3, tandas untuk membuang ada 3 juga (2 duduk,1 cangkung). Ada 3 singki beserta cermin tapi yang tak seronoknya, singki singki ni betul betul depan tandas membuang. Tak seronok nak basuh muka/ gosok gigi kat situ. Ada juga tempat disediakan macam tempat ambik wuduk tu tapi ramai buat tempat basuh baju kat situ walhal mesin basuh ada tersedia kat bawah hostel. Kena sediakan RM 3 je. Siap ada mesin pengering lagi tu. Husnuzon, diorang jimat duit, save electricity.
Time zaman kami ni, kami bebas untuk menggunakan segala kemudahan yang disediakan kat hostel. Bilik study, bilik Tv, Surau bila bila masa kami boleh masuk. Tiga tiga bilik tu jugak banyak beri jasa kat kami yang ada groupwork tu. Malas nak keluar hostel, situ jelah tempatnya. Nak tidur dalam bilik tu pun boleh sangat. Semua bilik kecuali bilik study kat tingkat 4 atas skali ada air-cond. Tapi itu dahulu kala je. Sekarang, pihak uni ambik alih semula dah, semua aktiviti aktiviti yang indah atas tu hancur berkecai. Masuk pukul 12 malam semua bilk dah kena kunci. Selain tu, waktu siang kalau nak guna pun kena turun gi kat mak guard bawah tu mintak kunci pastu kena sign bagai. Kesian tau kat student. Sebenarnya banyak je keburukan berlaku lepas bidang pengurusan hostel ni bertukar.
Bilik kat hostel ni. bolehlah. Agak selesa tapi panas. Siapa yang dapat katil atas guarantee tak rasa kipas. Jadi amat digalakkan untuk korang bawak kipas sendiri. Ada bilik bertiga, ada bilk berdua. Bilik berdua 1 sem beribu bayar. Kitorang dapat merasa duduk 1 sem kat hostel bangunan lama sebelum pindah ke hostel yang dah direnovate baru. Hostel bangunan lama lagi seronok sebab besar. katil besar, almari besar, meja besar. Tapi usang. almari, meja study banyak dah kena makan dengan anai-anai. Hostel bangunan lama HB4 tu dari 2015 sampai 2017 ni masih tak siap siap. Macam bangunan terbengkalai pun ada. Dengar cerita ada masalah dengan management dia. Dulu 2015, kata dalam 6 bulan camtu siap. Tapi sampai sekarang senyap. Senyap senyap senyap sampai kami kena halau sebab dah tak muat bilik nak masukkan freshies intake baru.
Bilik triple sharing
Lebih kurang camnni rupa kipas dia. Kesian kalau roommate memasing pendek pendek orangnya. Susah nak cabut basuh. Kitorang lah tu.

Kalau korang ada baca kat mana mana blog tulis wifi hostel mmu laju, itu semua menipu. Tapi, hostel mmu memang pernah laju internetnya tapi pernahlah. Sekarang jangan harap. Kalau cucuk LAN cable tu agak laju lah jugak. Tapi tak selaju dulu.
Dah check out hostel, masalah baru timbul, duit deposit hostel kami intake june 2015 terumbang ambing. Rm 400 nilai yang cukup besar untuk kitorang as student boleh tampung makan minum berbulan bulan. Kata akak-akak finance naik sem baru dapat tapi entah janji ditepati ke tak. "Sebab awak dah lama duduk hostel, duit deposit mungkin dapat mungkin tak dapat sebab uni akan tolak kemana-mana" kata akak finance. how can sesenang camtu nak tolak masuk mana mana. Kita tengok ye naik sem baru ni ye. Update - got our money semula tapi kena bayar balik sebab kitorang kena masuk balik hostel -_-
Reminder to myself and bakal student mmu : Sentiasa simpan resit resit dan bukti bukti apa apa pembayaran yang dibuat kepada U ye. Haritu time nak check out ada akak hostel tu kata dia nak tengok resit deposit hostel. Resit deposit hostel aku bertarik 13.06.2015 kot kak. Ada yang dah hilang. Check kat finance, ok , tak perlu resit. .
Sesaja nak add on, alhamdulilah sekarang kitorang dah duduk luar. Cyberia. Dapat pula yang dekat dengan pintu pagar kecik nak masuk mmu belakang FOE tu. Townhouse. Harga rumah pun BOEK. RM 1500 nego nego dapat 1400. Bahagi pula dengan 9 orang. Alhamdulilah. Jimat disitu. Sekarang masih belum official duduk situ sebab masih cuti sem. Tapi barang barang dah kat situ. Sem baru bermula 3 hb 7 after raya so kita beraya lah dulu.
Mesti bosan kan baca tanpa gambar. Takde gambar nak tunjuk sebab memang takde hahaha. Mungkin kat Blog blog lain diorang ada masuk gambar hostel. Boleh usya kat diorang. Since kawan jadi oc untuk new intake ni tu yang saje je tetiba macam nak cerita pengalaman sikit.
Nota untuk pelajar baru / yang akan jadi pelajar kat MMU.
Mesti korang rasa cuak gila sampai korang ada kat sini kan hahahah. Takpe. rilex je. Itu perkara biasa. Kitorang dulu pun macam korang. Siap google kot kalau kalau ada orang tengah menanti hari nak masuk mmu, boleh cari geng dulu kan. Mesti jugak ada yang macam takut sebab pikir sini guna english memanjang pastu takut takde kawan lah, tak reti hidup dekat hostel lah.
Sambung kat next post sebab sekarang dah pukul 235 pagi. jap lagi 430 nak bangun sahur. Jadi nantikan ok. Sis cerita camna nak buat kawan kat mmu ni dan camna nak rilex dan have fun.
Update: Rupanya tak upload upload. 5 pagi baru upload. Kenyang dah. Alhamdulilah.
Sekian,
Jumpa kat next post.
0 comments



Iām fascinated by the bright light of your beauty