D-1 K O R E A 2 0 2 0
Friday, April 3, 2020
Kami berlepas dari Malaysia pada pukul 7:20 am dengan menaiki Airasia. Kami mula berkumpul di KLIA2 pukul 5 pagi. Ada setengah dari kami tunggu kat Subway tapi aku & Farah tunggu kat check-in counter sebab nak timbang berat bag. Aku dan Farah, request untuk ambil quiet zone sebab aku tak tahan duduk dalam keadaan sempit dan ramai. Jadi kami semua pun ditempatkan di Quiet zone. Alhamdulilah tak ramai orang. Teringat dulu waktu join program MMU's GNP 2018 kat Mokpo. Mirza tolong book-kan seat quiet zone juga. Mati-matian lah aku ingat kitorang berempat plus dua passenger lain dalam quiet zone tu je yang ada dalam flight tu. Dah nak keluar, barulah nampak ramai rupanya manusia lagi kat belakang tu.
Jadi, dalam flight tu aku ambil seat tepi tingkap. Time tu lapar gila sebab pagi tadi tak sempat makan. Berangan dan berharap sangat menu Chatime yang bandung tu still ada lagi dijual tapi diorang dah tukar menu. 2 kali tau kitorang order makan atas tu. Lapar punya pasal. Last year, mirza ambil flight malam. Tak selesa macam mana pun, tetap boleh tidur jugalah. Walaupun kejap kejap terjaga. Tapi kalini, aku tak boleh tidur langsung. Excited sangat rasanya tu. Sakit mata pandang awan yang terang benderang kat luar.
Se-sampainya kitorang di bumi Korea. Ya allah, level excited aku sumpah tak boleh control. Dari atas flight sampailah ke area immigration, aku tersengih je. Kapal tak berhenti lagi, aku dah asyik sentuh cermin tingkap. Jakun betul bila terigat balik. Maafkanlah seorang yasmin yang baru pertama kali merasai musim sejuk. Never in my whole life aku berangan untuk ke korea waktu musim sejuk. Alhamdulilah.

Ok sambung, dah lepas dari gate immigration. Ada setengah dari kami pi cucuk duit, beli simcard dan beli air kat convenience store. Aku pula menunggu, menjaga barang yang lain. Sambil tu, on-kan phone nak update parents dah selamat sampai. Time ni, pakai wifi airport. Aku dan farah decide untuk ambil simcard sepanjang kat Korea ni. Sebab lagi mudah berbanding sewa pocket wifi. Range harga pun, lebih kurang je. Mungkin murah sikit, mungkin mahal sikit. Sebelum ni sewa pocket wifi WIYO. Leceh sebab kena charge and besar sikit dan cepat panas bila guna lama. Kenapa kitorang guna pocket wifi time tu sebab kitorang duduk lama, hampir sebulan. Sim-card ni pula dia punya pakej ikut hari-hari. Eh yeke. sorry kalau salah. Tak pandai explain bab ni. Pakej yang kitorang ambil haritu, pakej 10 hari. Dapat unlimited internet, tapi setiap hari ada max data. Bila dah sampai max dia, data kitorang akan lambat sikit tapi still ada internet.
Settle semua urusan, kami pun beramai ramai keluar dari ruang dalam airport tu. Terbukak je pintu depan airport, angin sejuk terus mencucuk. Masyaallah, sejuk sangat! Ditambah pula, waktu tu hujan. Baju sejuk yang tak zip terus aku zip sampai ke atas. Tutup habis. Berasap-asap mulut semua orang bila bercakap. Masyaallah. Walaupun sejuk sampai ke tulang, muka tak lekang dengan sengihan dan senyuman. haha

Disebabkan kami ramai. 7 orang + 7+ luggage besar besar. Kami terpaksa ambil mini van(?). Asalnya, ada sorang pakcik korea ni suruh kami ambil mini bus. Harga sebuah mini bus itu tersangatlah mahal dan terlampau besar untuk kami 7 orang. Apa yang kitorang perlukan adalah ruang bonet yang besar. Gaduh punya gaduh sampai pakcik korea tu macam marah dengan kitorang sebab nak juga suruh kitorang ambil mini bus tu. Bermacam ayat marah dia keluarkan. Terkedu bila aku faham apa yang dia cakap tu. Drama depan mata ni. Tapi diorang tak marah sebenarnya, cuma ayat diorang kasar and nada tinggi. Menakutkan mula mula tapi itulah hakikatnya.
Akhirrnya kitorang dapat mini van tapi dengan pakcik lain rasanya. Lebih kurang 5 petang, kami selamat sampai di rumah boss yang terletak di area yongsan-gu, bersebelahan Itaewon. Rumah boss ni pula terletak 1 tingkat atas dari bawah. Level 1 lah kiranya. Level bawah tu pula ada 2 cafe. Gigih lah kami semua mengangkat beg yang berkilo-kilo itu. Malamnya semput hahahaha, nasib bawa inhaler. Sayang tak sempat ambil banyak gambar haritu.
Thank you.
Labels: Korea
0 comments

Iām fascinated by the bright light of your beauty