Y A S M I N



Mokpo National Maritime University’s Global Network Program 2019: Day 1

Wednesday, August 7, 2019




Lama sangat dah nak post ni tapi asyik tangguh tangguh lepastu takde masa & end up sebulan berlalu begitu sahaja~ Jadi mari kita mula semula slow slow.

Warning! Post panjang sebab kalau boleh nak ingat balik dari A-Z detail habis ah kiranya. Mana tahu berguna kalau suatu hari nanti nak terobek.

I know! I know gambaq pecah tapi tak de gambar dah 😭

   So, me and my friends just get back from Korea one month ago. 'Just' lah sangat walhal sebulan dah  berlalu. Anyways, we went there for good 19 days from 19th June 2019 until 7th July 2019, 2 weeks kat Mokpo + 5 days di Seoul. Kami berempat (mirza, saif, ain & me) join MMU’s GNP 2019 - Mokpo National Maritime University’s Global Network Program 2019. Kami join under MMU - Multimedia University/ Kebetulan sama pulak nama U berdua ni haha. Tiga negara joined program ni iaitu dari Malaysia, Singapore & China. Malaysia pulak 2 University join iaitu Multimedia University dan Uniten. Tapi ada graduate students juga join dari UTAR.

   Camna dapat gi korea? Sampai sekarang jujur rasa macam magic, tak sangka sangat mak abah benarkan pergi. Sungguh memang impian aku nak sangat jejak kaki ke Korea dari 2009. Zaman beli epop setiap bulan, dapat poster tampal belakang pintu, dah berani sikit start tampal kat dinding, zaman kumpul lirik lagu jugak. Good old days. Kalau bukan sebab program ni, bila lagi aku dapat ke Korea. Alhamdulilah syukur sangat,

   Program ni basically banyak kami kena tanggung sendiri juga. Yang tak perlu bayar adalah kelas belajar, accomodation and lunch selama kat Mokpo sahaja. Flight ticket pergi balik, ticket KTX pergi balik dari Seoul, makan pagi, dinner dan belanja lain-lain sendirian berhad. Banyak juga habis situ. Sebelum confirm nak join, of course lah ada buat kira kira apa nak belanja sana, berapa habis. Takut tengok jumlah kira-kira tu. Tapi sebab nak sangat pergi gagahkan juga diri ni bertanya minta izin kat mak abah sambil tunjuk kos kira kira semua tu disertai doa dan ayat ayat manis (salah satu kunci rahsia berjaya mungkin hmmm). Tapi jujur time nak tanya tu tak letak harapan tinggi, lebih kepada nak try nasib. Explain-explain, alhamdulilah, mak abah izinkan pergi. Abah kata ni sebagai hadiah grad dan sebab tahu anak dia ni dari zaman sekolah korea je kerjanya. Mak sebagai mak mak of course lah risau tapi abah backup. huwaaaa sayangilah mak abah anda semua. Alhamdulilah sangat Allah permudahkan semua tu. Lepas parents dah approve, datang pula keraguan nak pergi sebab takde kawan. Berlagak acah boleh dapat kawan baru sana haha tapi bila mak abah dah approve rasa risau pula. Ada lebih kurang sebulan lagi time tu untuk confirmkan, so try ajak semua orang, yana, zah, nayli, zahra kawan yang rapat tu semua tak dapat gi :( tapi nak jugak pergi ni sebab mak abah dah bagi izin. Tanya mirza, dia macam berminat, dan akhirnya dia boleh gi dan berjaya tarik saif & ain jugak untuk join. Alhamdulilah, kawan settle, passport dengan document lain pulak nak kena settle.

   Tup tup tup setel semua dah, tibalah hari beli ticket flight. Disebabkan kitorang kena beli ticket flight sendiri sendiri kitorang berempat pun wakillah sorang untuk jadi ketua beli ticket, si mirza. Kitorang beli flight ticket pukul 2 pagi ok. Hari jumaat sebab nak elak harga ticket hari miggu. Diketuai oleh mirza, riuhlah whatsapp group malam-malam tu.  Disaat, semua tengah dibuai mimpi, kitorang berempat berwhatsapp nak pilih seat mana, nak makan apa, nak insurance tak. Dekat pukul 3 jugalah settle semua tu sebab diri ni tak yakin nak beli atau confirm tanpa mak ayah di sebelah. Scary lah nak beli ticket harga ribu-ribu tanpa persetujuan parents, dahlah pakai duit diorang. Keesokan harinya, rasa serba salah gila ya amat nak beritahu "Along dah beli flight ticket pergi balik dengan kawan, harga macam ni...". Nasib abah ok.




   Lebih kurang 3 minggu sebelum berlepas, kitorang start pack/beli baju dan makanan sikit sikit. Dalam fikiran sikit sikit tapi malam sebelum nak depart, timbang beg yang hanya berisi makanan sahaja hampir 14 kg oiii! Setiap sorang 20 kg je limit. Time tu dah alamak, apa nak buat ni, terpaksa buang sikit apa yang tak perlu. Dan akhirnya dapatlah 19 kg termasuk baju. Btw lah kan, beg mirza 24 kg sampai sekarang misteri tak tahu dia bawak apa. Mirza sorang je ambil 30 kg haha dan siapa sangka rupanya ada hikmah mirza ambil extra 10 kg tu. Terima kasih mirza!


   Tibalah hari berlepas, hari yang ditunggu tunggu. Kitorang kena ada kat mokpo by 19th June so kitorang beli flight awal pagi... atau flight tengah malam(?) 12:55 am. Mula ingat nak ambil flight 18th June tapi awal sangat pulak sampai nanti bosan jadi lebih baik sampai boleh terus gerak. Kitorang ke airport dalam 8 pm malam. Mak abah, amirysah, piya pun ikutlah sekali ngantar. Malam tu, still rasa macam takde apa apa, macam nak gi keluar dengan kawan je cuma lainnya sambil bawa luggage besar. Mak Abah tak boleh tunggu lama sebab flight tengah malam kan, jadi bersalam-salaman, peluk-peluk, ambil gambar, tapi yang peliknya tak rasa sedih tau. Kebiasaanya, akan ada drama air mata sebab seorang yang cepat cembeng. Mungkin ada hikmah disitu. Sementara nak tunggu boarding(?) nampak satu group besar tau, macam ramai gila, semua muka student je. Dapat agak dah mesti student Uniten yang join program ni jugak ni. Nampak seronok pula diorang gerak dalam group tapi kitorang gerak solo, berkumpul semua pun bila dah sampai incheon airport. Kitorang time ni tak kenal pun siapa yang join walaupun satu Uni haha, kenal diorang 3 jelah.
       
   Time dalam flight, tak boleh tidur, langsung tak boleh. Dapat tidur pun tidur ayam tak sampai sejam, sejam sebelum sampai. Btw korang kalau nak gi nanti jangan lupa order chatime, sedap gila dan menyesal tak habis sebab dah start angin satu badan. Huwaaa. Angin lah kot punca tak boleh tidur, pandang jelah diorang ni tidur sambil berangan boleh tidur dalam train nak ke Mokpo nanti yang mengambil masa 3-4 jam untuk sampai. 

   TAPI!!! harapan punah apabila ticket train KTX sold out. Mungkin kitorang lambat beberapa saat atau minit je sebab kitorang cari shrimp burger kat Lotteria seoul station dulu. Lapar ~. Pengalaman sepanjang 19 hari dengan train kat bumi korea memang sekali seumur hidup, takkan pernah dan taknak lupa insyaallah. Kalau tak silap lah, sebab KTX penuh, kitorang kena naik Mugunghwa operated by Korail, kira macam train biasa yang stop kat semua station. Tempoh perjalanan macam lebih kurang sama kalau ambik KTX cuma sakit dia datang apabila kitorang kena tukar train 2 kali sambil bawa beg berat naik turun train. Ushhh tiba tiba boleh rasa lagi menggeletar tangan kaki angkut beg 20 kg time tu. Penat sangat ya allah. Bukan setakat kena tukar train je, kitorang dapat seat asing-asing juga which means kitorang kena duduk sebelah orang tak kenal. It's ok for me tapi bila dapat pakcik yang scary duduk sebelah memang diam terpaku takut nak bergerak selama 1/2 jam. Nak dijadikan cerita lagi, kitorang sampai awal kat Mokpo. Ada baik ada buruk. Baiknya, kitorang tak perlu naik taxi atau bus nak ke Uni sana (haeyang daehakgyo) sebab pihak Uni sediakan bus untuk kitorang dan diorang suruh keep this as 비밀 but! I believe during that time only 😋 mungkin sebab lecturer kitorang 한국사람 . Tapi buruk dan tak bestnya apabila kitorang tak boleh dapat bilik lagi sebab bermacam-macam alasan, orang lain tak sampai lagilah, bilik tak kemas lagilah. We had to wait for 4 hours in their office. Ada some of us yang keluar turun downtown while yang lain including me choose to stay dalam office sebab dah lemau. And once again, disaat semua dapat tidur walaupun tak selesa tidur duduk atas kerusi, I   c a n ' t   s l e e p ! I still can't sleep even after all the long adventurous hard journey we had coming from Seoul. Whylahhh. 


Antara video-video sempat rakam. Otw nak ke Seoul station & Mokpo. Ada yang tengah topup T-Money. 
T-money boleh dapat secara free tau korang! Hanya isi survey kat website KTO Malaysia.


   Rasa macam waktu berlalu dengan begitu lambat. 7 PM baru dapat bilik and woahhh jarak dia dari office tak boleh bawak bincang. Mandi proper pun tak lagi time tu kitorang mandi peluh dah hahaha. Anyways, sampai bangunan hostel, terpegun jap sebab lawa sangat and 100x more better, more lawa dari hostel kat uni malaysia. Hilang kejap rasa penat time tu. Malam tu lebih kurang dalam pukul 10, selesai unpack semua, macam rugi pulak duduk bilik. Turun lah bawah, tengok scenery malam keliling hostel. Keluar lift je dah boleh rasa angin luar, summer sejuk macam ni ke? macam silap musim waktu je ni, 19°C tambah dengan angin kuat, menggigil. Mungkin sebab Uni betul-betul tepi laut tu yang sejuk semacam. Dan kitorang pun pulanglah ke bilik, menunggu lagi 3 orang yang sampai lambat sikit sebab ambil flight lambat. Hari pertama pun berakhir dengan tidur yang nyenyak mungkin ada selit sikit dengkuran halus dari penghuni bilik 411. Mungkin... tapi yang pasti bukan aku hahaha. 😴😴 

   Tak banyak gambar hari pertama sebab dah lemau sangat. Tapi panjang benor post Day 1 nya. Banyak hari lagi ni.




Ye, tahu semput takpayah lah ulang ulang  -_-


   Btw ni kos kira kira yang dimention atas tu, untuk tunjuk kat mak abah nak minta izin tu. Aku ni seorang yang tak suka suprise, I love spoilers haha. In order to do something I need to know dulu camna nak buat dan apa nak expect. Bracekan diri ni untuk terima apa apa impact pun. Sediakan payung sebelum hujan. So before going to mak abah, i did a lot of reading and scrolling thru google from ticket flight, transportation kat sana, makanan dll. I need to know harga secara kasar untuk semua semua tu. Bila google, tak ramai share experience join program macam ni kat mokpo. :( Nak tak nak kena masuk semua blog yang share jumlah expences diorang time kat korea. Berpuluh sampai berpinar mata nak cari harga bus, taxi, makanan ,pakaian, perlu bawak payung ke tak & etc.  Tapi bila dah sampai sana, banyak lari jugak, ada yang mahal jadi murah dan sebaliknya. Ticket price untuk KTX dari Seoul to Mokpo dapat 47,800  from 53,100 ₩ sebab dapat diskaun student. Transportation dari Mokpo station ke MMU pula free. Tapi bila fikir balik, kitorang banyak habis duit kat transportation je sebenarnya muahahahahhaha mana tak nya, setiap hari selama 2 minggu kat mokpo keluar je manjang. Downtown lah, Uptown lah, Gwangju. Tapi bila dah ada kat situ, rugi tau kalau tak keluar jalan. Ramai dari kitorang, hari sabtu ahad akan ke Busan, Seoul, Jeju. TIdur lah selama 2/3 hari kat sana.  Semestinya, me being students & anak yang takut nak spent duit mak ayah, duduk jelah diam diam dalam mokpo the whole weekend.

Jumpa lagi di post Day 2 yang akan datang.
Thank you.


Labels: ,

0 comments


Post a Comment