Y A S M I N



MMU’s GNP 2019 Day 2 - 3

Wednesday, October 9, 2019


Baru perasan dalam last post aku lupa nak cerita sedikit info tentang apa program aku join ni. Dalam kata mudah dan senang faham, based on understanding akulah... MMU's GNP ni macam program cultural exchange dalam tempoh yang sekejap. Orang korea ni bangga gila tau orang luar datang masuk negara dia untuk melancong atau specifically datang untuk belajar culture diorang. Sebab itulah kalau perasan banyak gila program-program camni dibuat kar sana. Scholarship nak belajar kat korea pun senang dapat untuk foreigner. Sebelum ni, aku tak tahu pun pasal benda ni, dah jejak kaki kat korea & jumpa kawan kat sana, dioranglah yang explain. Dapat ilmu baru. Alhamdulilah. So master next insyallah. Bawah ni pula ayat copy paste dari program ni.

MMU's GNP is a two-weeks program focuses on experiencing as followings: Korean Language
and Culture, Marine Sports, Visit to Korean historical places and ocean industries.
▫ Special lecture for the ocean industry are offered: Future of the ocean industry
▫ Language of this program is English or Korean. 

Dah nama pun MMU's GNP semestinyalah akan duduk kat Mokpo National Maritime University since diorang yang anjurkan program ni. According to them, program ni dibuat setiap tahun. Ada rezeki lebih, boleh join setiap tahun. Pihak sana sangat suka, boleh buat kawan dengan diorang terutama dengan staff-staff program. 




Day 2 starts here.


Hari kedua tapi dikira sebagai hari pertama program start. We woke up a little bit late on that day. Sedap dapat katil + taknak keluar dari bilik yang sumpah selesa itu. BTW! selama 2 minggu kat sana, last daylah baru dapat bukak aircond dalam bilik. Nasib tingkat 4, so tidur buka tingkap, sliding door, balkoni semua buka except for the jaring kat tingkap, untuk elakkan nyamuk masuk. No complains sebab cuaca sejuk lagi time tu, tengah tidur pukul 3 pagi pun boleh terjaga untuk ke tandas & nak tarik selimut. Eh ada complain! kitorang tak dapat bantal sebab tak cukup 😶 1st week ok boleh tahan tanpa bantal, masuk 2nd week start sakit tengkuk dah, terpaksa turun daiso cari bantal sebab situ ja yang paling murah, 3,000 ₩ bersamaan dengan Rm 9/10. Try gi kedai bantal tapi mahal benor.. paling murah pun 9,000 mungkin.

Anyways, class tak start lagi, Campus Tour Day~ tapi kitorang dah round satu campus semalam sebab bosan menunggu dalam office haha. Pukul 9 dah kena ada dalam hall bangunan no. brapa tak ingat... tapi pukul 9 lah kitorang baru nak turun kumpul bawah hostel pastu kena marah dengan Prof. Pyo hehehehe. Sejam kemudian, start campus tour. First building untuk dilawat adalah library. Library diorang lawa. Semua bangunan kat korea lawa lah kiranya kecuali tandas diorang(bukan semua). Dalam bangunan canteen ada convenience mart, ATM dan bank. Senang nak keluar duit dalam campus dah. Aku tak sempat ambil tahu apa nama staff yang bawa kitorang tour ni tapi dia ni badan & muka punyalah comel tapi kaki laju nyalah hai. Jalan dalam bangunan biasa pun boleh peluh sebab nak mengejar dia ni. 5 saat toleh tempat lain dia dah ada hujung depan sana. Habis tour, kitorang dikumpulkan kat luar office untuk diorang bawa kitorang gi kedai makan sebab canteen dalam kampus tutup untuk renovation. Semua excited dah ni, tak sabar nak naik bus. Selepas hampir 10/15 minit berkumpul,   min seonsaengnim 민 선생님 tetiba suruh follow dia. Kitorang yang ada kat depan sekali pun ngikut jelah. ohh rupanya jalan kaki nak ke kedai makan. Berjalan lah kami bagai itik pulang petang pun ada, berderet je ramai-ramai. Dekat 10 minit berjalan tu semua start mengeluh dah, staff yang lead tu punyalah nak hype kan semua bermacam-macam ayat manis dia bagi "It's ok, 20 minutes only" rupanya nak ke kedai makan tu kitorang kena berjalan kaki selama 20 minit. Sabar jelah. Exercise. Menyesal tak ambil gambar kedai. Otw tu, kitorang lalu balai polis, tadika, sekolah menengah eh ke rendah tak pasti. Ibarat suasana pekan korea or any pekan kecil di malaysia mungkin. Ramai betul orang tua pangkat nenek atuk duduk luar kedai. Sumpah macam dalam realiti show yang bila diorang gi pekan kecil kecil tu.

Awal-awal takut nak makan tapi lapar sangat >.< sebab semalam makan burger udang lotteria je kat Seoul. Insyaallah semua ok tapi kena beringat lah jangan ambil makanan yang dah sah sah korang tak boleh makan, jangan disebabkan korang ada title musafir korang boleh makan apa-apa, mana boleh benda haram nak dihalalkan. Habis makan, kitorang tak larat nak naik semula jalan kaki jadi kitorang berjalan-jalan area situ. Jauh jugalah berjalan sampailah jumpa Daiso, Innisfree, Tonymoly, Nature Republic, Etude House, Fila, Northface dll. Kedai makanan halal confirm confirm lah tiada di sini.  Penat berjalan, masuk rehat kat dalam cafe & order ice choco. 6 ribu won habis oi. Nak balik, kami naik bus. Kerap kali confused naik bus ni. Kena alert sentiasa, buka mata, buka telinga semua kalau missed 1 stop, lagi penat nak menunggu. Malam kami pulun maggi lah, nikmat sangat rasa makan maggi time tu, rasa malaysia lah kiranya.


silap ambik gochujang banyak gila pastu nak cover malu tutup dengan kimchi padahal tak makan kimchi. Btw bawah kanan itulah sup kerak nasi (scorched rice soup) rasa macam air kosong ...dan kerak nasi.


Hebat abang sorang tu, baru hari ke 2 dah beli kasut baru.

Stokin sini mahal 500 won dari Seoul.


Diorang yang lain beli odeng dan kata tak sedap. Aku tak beli sebab takut. 


and Day 3 starts here. 


Sekali lagi, lewat sikit bangun harini. Bangun subuh 3 pagi, sambung tidur semula sampailah 8:30. Kelas pukul 9, tergesa gesa lah siap sebab dah diberi pesanan (amaran keras) untuk datang awal "Punctuality is everything". Kitorang dipecahkan ikut list nama. Kira total ada 4 kelas dapat lah dalam 3/4 orang dari mmu satu kelas. Lecturer suka pecahkan ikut group. Siapa duduk dekat, dapatlah satu group. 1st class ni kitorang belajar menulis nama sendiri dalam hangul. Introduction formal dan informal gitu. Kelas ada setiap hari kecuali sabtu ahad. Setiap hari kelas dari 9 pagi sampai 12 tengahari. 1st day ni dia release awal sebab nak siap untuk berjalan selama 20 minit untuk makan. Kitorang tak tahu lagi waktu tu, yang kitorang kena makan kat kedai tu selama 4 hari. Dah habis kelas, malas nak naik bilik, kitorang terus berkumpul kat depan office. Pelik rasa time tu sebab diorang suruh tinggal barang berat atau jangan bawak beg & staff diorang semua dah bertukar baju macam nak gi exercise tau. Rupanya diorang dah prepare untuk berpeluh. Cis hahahaha. 

Ikut jadual, sepatutnya hari jumaat ni, 22nd June ni kitorang akan ada activity laut. Aktiviti dalam air. Tak sabar dah nak mandi laut atau main kayak ke, ada siap bawa swimming suit juga. Tapi, atas sebab faktor cuaca yang still sejuk, pihak Uni ubah ke activity mendaki Yudalsan Mountain, 2 jam untuk sampai puncak. Sian untuk yang tak bawa kasut lebih & takde kasut yang sesuai untuk mendaki. Sayang, tak ada memori sangat mendaki Gunung Yudalsan sebab ada asthma, tak berani nak naik sampai atas. Terpaksa join group yang tunggu kat tempat penamat. Tapi hampir sejam jugalah, kami berjalan turun naik bukit sikit untuk ke tempat penamat tu. Lebih kurang macam mendaki dah. Otw tu, sempat lah abadikan beberapa gambar untuk di-ingati atau supaya boleh menunjuk ke anak cucu aku suatu hari yang Nenek ni berjaya naik separuh Gunung Yudalsan kat Korea walaupun kat Malaysia, bukit broga pun tak lepas. Bolehlah tu. Satu perkara menarik, yang aku perasan time berjalan selama sejam tu, orang Korea ni agak peramah terutama yang tua-tua. Setiap kali kami bertembung dengan orang sana, asyik asyik Anyonghaseyo, Anyonghaseyo. Tak pandang tapi tiba-tiba suara keluar. Peramah. I loike. Ada sorang pakcik tu siap bagi kami gula-gula lagi.

Around 7 pm, lewat petang gitu, kami start berjalan berarak pulang ke bilik. Disebabkan kelaparan yang melampau dan punyalah nak berjimat makanan yang bawak dari malaysia, Aku join order tteokbokki dengan budak bilik sebelah. JANGAN TIRU! Aku rasa agak menyesal bila dah balik Malaysia ni. Rasa berdosa pun ada sebab aku ingat aku order kosong, rupanya ada cheese, ada macam daging sikit, tapi bukan daging ba** itu sebab takkanlah terang terang aku nak order makanan yang ada daging babi dalam tu. Astaghfirullah. Tapi tak dapat dinafikan, sedap gila wehh. Myeondong tteokpokki memang tak boleh lawan ori korea punya. Punyalah excited makan ramai ramai, kami buat circle bawah hostel kat tangga literally memang macam orang tengah nak buat ritual tapi dalam skala ramai. Tengah sedap menjamah, pak guard hensem datang halau cara baik tapi scary, mula-mula pandang pastu dia start lah arahan-arahannya, tak boleh makan sini. Dah dihalau cara baik, kami pun bergeraklah ke ruang makan yang betul iaitu di bangunan sebelah, tingkat 3. Sayang tak record tingkat 3 tu. As a k-drama lover, eveything in there ibarat...environment dalam drama korea keluaq depan mata. Lawa! Maka malam itu pun berakhir dengan tidur yang lena.









Jumpa next post.
Jarang update disebabkan bahagia a.k.a sibuk dengan kehidupan seharian.



1 comments
Anonymous Linda said...
Wahh, seronoknya!
 

Post a Comment