Y A S M I N



D - 2 K O R E A 2 0 2 0

Friday, April 3, 2020



Day 2


Selamat datang ke Day-2. Hari Rabu. Sepatutnya kena bangun pukul 7 pagi. Tapi jam di dinding menunjukkan pukul 10 pagi kami masih di alam mimpi. Mungkin saya orang pertama bangun. Btw yasmin & Farah tidur luar sebab bilik ada 3 sahaja. Satu  bilik digunakan untuk pack parcels. Sarah & Balqis berjaga malam kat situ. Diorang berdua in-charge dengan business di Korea. Malam-malam je akan ada bunyi cellotape. Hari pertama, agak susah nak tidur dengan bunyi bising tapi makin lama makin penat, jadi abaikan sahajalah bunyi. Walau kami tidur luar tetap selesa, sebab lantai ada heater. Tu yang lena tidur tak bangun bangun. Habis mandi, saya kemas tempat tido, kemudian update family and cucuk Sim-card. Yeay~ Tak lama kemudian, rumah mula bising. Dapur mula berasap. Satu benda saya menyesal tak buat waktu kat Korea haritu adalah tangkap gambar makanan. Mama iman in charge of makanan selama 11 hari ni. Pagi pagi ada je makanan. Bermacam-macam makanan kitorang makan sepanjang 11 hari tu. Nasi goreng, Maggi, cekodok, sardin, roti sardin, ayam goreng dan banyak lagi. Rindu! 



Anyways, supposedly harini kena pergi recce tempat nak shoot tapi disebabkan semua terbabas, jadi terpaksa tukar hari. Kami gantikan dengan aktiviti shopping baju sejuk. Pergerakan kitorang tempoh hari di korea agak terbatas and agak mahal sebab kitorang bergerak ramai-ramai. Sebuah taxi  biasa di Korea hanya boleh muat 4 orang sahaja. Nak taknak kena ambil taxi jumbo yang boleh muat ramai orang. Taxi jumbo ni mahal dan susah nak dapat, hanya area tertentu sahaja senang dapat. Jadi, first destination kami untuk shopping baju adalah semestinya Gangnam station underground shopping center. Balqis & Sarah suggest untuk cari baju  kat situ sebab lawa-lawa and harga affordable. Situlah tempat diorang selalu shopping šŸ˜‚. Habis underground kitorang tawaf, naik ke atas pula. Sejuk dia tak boleh bawa bincang. Kitorang literally hop from one kedai to another kedai untuk elakkan rasa sejuk. Lantaklah apa orang nak kata. 3 jam kemudian, semua pakat nak balik tapi semua orang kelaparan.







Dahlah kelaparan. Transport pula susah dapat. Kitorang menungu dekat bus stand selama 30 min untuk tunggu taxi jumbo datang tapi tak sampai sampai. Bayangkan, litorang menunggu di bus stand tepi jalan yang terbuka tu... Menari-nari lah kitorang semua tepi jalan tu untuk dapatkan haba panas. Sejuk oii! Kebetulan belakang bus stand tu ada kedai roti, Iman, Sarah, Balqis and Farah masuk sekejap sebab tak tahan sejuk . Ambik bau sekali lerr tu. Selepas 30 minit menunggu, kitorang giveup dan ambil taxi biasa je. 4 orang satu taxi, 3 orang lagi di taxi lain.

Gambar google. 3° time tu kalau tak silap + angin kuat.

Sampai sahaja di area Itaewon, kenangan korea tahun 2019 lalu datang mengusik. Area Itaewon inilah tempat kitorang menginap selama 5 hari di Eid Guesthouse. Makan di the halal guys.. Balik tengah malam terperangkap di tengah tengah sekumpulan orang mabuk.. Nak balik rumah, kena mendaki bukit, nak turun beli kebab kat bawah pun kena turun bukit. Sumpah kenangan!

-Enough flashback-

Sampai sahaja di area itaewon, tempat pertama aku nak gi sangat semula adalah The Halal Guys, makanan dia tak boleh dilupakan sampai bila bila. Waktu tu, kitoranng makan kat kedai arab. Boleh tahan sedap!. Tak ingat kedai apa namanya. Berjam jugalah kitorang makan dalam tu sebab hangat dalam tu, tak bersedia nak keluar lagi šŸ˜‚. Sedar sedar dah pukul tujuh lebih. 




Sebelum balik.. saya, farah, iman, sarah & balqis ke Daiso untuk beli barang keperluan rumah yang habis seperti tisu dan lain lain. Daiso korea mungkin tak jauh beza dengan malaysia tapi kat Korea, kedai diorang lagi besar, luas and bertingkat-tingkat. Semua keperluan ada kat situ. Selesai membeli, sarah and balqis suggest jalan kaki balik ke rumah. nampak tak sengih tu. Mestilah excited! Bila lagi nak berjalan kaki malam malam time kat korea dalam musim sejuk ni! Nak dipanjangkan cerita lagi. Kitorang dah sampai rumah, siap mandi dan berbaju tido, disuruh pergi balik Daiso Itaewon beli tupperware makanan untuk buat bekalan esok hari. Walau dah dalam baju tidur, kitorang keluar. Waktu tu 9:30, Daiso pula tutup pukul 10. Takut tak sempat sampai, kitorang pilih untuk naik taxi. Balik, kitorang jalan kaki. Sejuk tapi sejuk yang boleh tahan. Macam dalam freezer ditambah dengan angin malam yang sepoi sepoi.



Thank you.



Labels:

0 comments


Post a Comment