To You: 숨이 벅차올라도 괜찮아요, 아무도 그댈 탓하진 않아,가끔은 실수해도 돼,누구든 그랬으니까
It’s alright if you run out of breath, No one will blame you, It’s okay to make mistakes sometimes, Because anyone can do so
Recently ada terjumpa satu program or service called Teman Malaysia which is basically diorang buat service 'teman' anyone especially the elderlies pergi kemana-mana sahaja whether its hospital appointment ataupun grocery shopping. Jujur sebenarnya saya terkejut bila dapat tahu wujud servis begini di Malaysia. May Allah blessed whoever founded and funded this program. Masih segar dalam ingatan program berbuka puasa di rumah orang tua 2/3 tahun lepas. Sedih sangat berbuka puasa dengan diorang. Riak muka diorang bila bercerita tells everything. Bermacam² cerita diluahkan. May allah keep them safe 💞
Boleh nampak sangat all they need di usia macam tu is companianship. Please dont ever leave them alone. Teringat uwan dikampung. Banyak kali tanya abah, "Ghayo mano tahun ni".
Sejak 2009, lepas tokwan meninggal, Sendayan lah satu satunya kampung yang kitorang ada untuk beraya dengan uwan. Im sorry if my writing akan offend anyone. But I had enough. Betullah, allah tu maha adil. Hikmah covid, baru semua adik beradik abah gusar siapa nak teman wan raya nanti. Kalau tidak.. sebelum ni "Takpe, adik ada".
Out of 11 years until 2019. Sekali je kitorang balik beraya kuantan 1st day raya. Masa tu, bibik masih ada dengan kitorang. Kitorang adik beradik excited bawa bibik balik kampung. Semua tempat kitorang tunjuk. "Bik tu tempat jual karipap. Bik ni mokteh. Bik ni itu, ni ini." Hahahaha.
Pejam celik pejam celik 10 tahun juga kami beraya di Negeri Sembilan. Buka puasa untuk hari last ramadhan umpama acara wajib kami setiap tahun tak pernah missed. Malam raya meriah sangat, cucu, anak saudara, sepupu, makcik pakcik semua berkumpul makan, main mercun ramai². Tapi malam tu jelah yang seronok. Pagi raya yang sepatutnya dilimpahi dengan gelak ketawa, suasana masak rendang kat dapur macam dalam iklan raya tu..tak kami rasai. Jujur saya cemburu dengan rakan yang masih ada suasana tidur luar ramai- ramai, beratur nak gosok baju dan beratur nak mandi. Pernah dapat memori macam ni tapi waktu kecik² dulu jelah 💞 Waktu rumah uwan masih berdinding dan berlantai kayu. Lepas rumah baru siap dibina dan atuk meninggal, rasa lain sangat suasana di kampung. Bermula dari situlah, perubahan perlahan-lahan berlaku.
Apa apa pun, pagi raya yang sepatutnya ceria jadi ala kadar buat kami selepas itu. Masih ceria cuma tak meriah. Meriah! Tapi selepas tengahari. Bila adik-beradik abah mula penuhkan ruang rumah, waktu tu lah mula meriah. Saya tak tahu, suasana ni normal atau tidak. Waktu masih sekolah dulu, excited tau! bangun pagi siap-siap. Abah bawa uwan pergi masjid solat hari raya aidilfitri. Saya kebiasaannya akan stay tolong mak di dapur. Bila di ingat kembali, rasa nak menangis pula. Mak memang abdikan masa pagi raya dia 90% di dapur. 10% lagi tolong suami & anak bersiap pakai baju raya. Outfit pagi raya mak tiap tahun, baju tshirt biasa je. Makanan dah siap masak dan dihidang, menjelang tengahari baru mak siap-siapkan diri sendiri. Oh ya! Saya masih ingat waktu form 4(2016) saya mula sedar akan sesuatu. Rasa pelik sangat. Persoalan ni mula bermain dalam fikiran saya "Kenapa tiap tahun, aku siap awal² tapi takde orang pun datang awal?" Waktu tu, mula rasa kesian sangat kat uwan. Dan dari situ, saya mula perasan satu habit yang dah jadi kebiasaan sehingga kini. Uwan suka duduk tepi pintu pandang pagar luar.
Setiap pagi raya, TV kitorang akan buka untuk elakkan kesunyian. Rancangan mhi kalau tak silap saya main tiap pagi raya. Waktu² tu kebiasaanya, uwan akan duduk depan tv dan nangis dalam senyap. Meski tiada air mata menitik, mata uwan merah berair. Waktu tu jugalah kami sekeluarga duduk depan uwan dan minta maaf. Lagi bertambah sedih pula uwan haha. Mula rasa geram sebenarnya, kenapa diorang buat macam ni kat uwan. Kenapa diorang buat macam ni kat abah. Tapi, saya pujuk hati dengan nyatakan "oh takpe, sebab abah anak last kot. Dan anak-anak abah masih kecil, masih belum berkahwin. Pakcik makcik yang lain perlu ada di rumah mereka sendiri untuk sambut menantu. Nak ada sesi salam pagi raya dan photography dulu di rumah sendiri." Begitulah cara saya pujuk hati waktu itu.
Oh ya nak tahu tak? Raya tahun lepas, raya pertama kami sambut di rumah sendiri. Raya PKP 2020. Kekok sangat kami rasa beraya di rumah sendiri. Seusai solat sunat raya aidilfitri, kami cuba mengikuti trend adik-beradik abah. Ambil gambar, salam raya dan makan². Tapi lepas tu kami bingung tak tahu nak buat apa 😟 sebab tak boleh kemana-mana.
Since 2009 we missed acara deco rumah sendiri & we missed beraya di rumah sendiri. Semua orang sibuk hias rumah, lawakan ruang tamu. Cat baru, langsir baru, pinggan baru. Tapi kami? Kami tiada moment² macam tu dirumah kami sendiri.
Bukanlah niat saya untuk tuding jari atau nak putarkan masa betulkan apa yang sepatutnya dibuat. Masing masing boleh berfikir mana patut dan mana tak patut. Jangan pernah pandang rendah benda yang dianggap remeh. Kalau dulu, "takpe, adik ada" "takpe, masri(pakteh) ada" boleh dimaafkan.. mungkin. Tapi sekarang ni keadaan dah berubah, harap masing masing boleh berfikir dengan betul. Kami di selangor tak boleh nak rentas negeri walaupun tanggungjawab anak untuk pulang tengok ibu tu wajib. Anak² yang berdekatan di sana perlu pegang tanggungjawab sebagai seorang anak dengan lebih. Jujur saya menulis ni sebab saya sedih dengan sikap beberapa orang dekat di sana, tuding jari kata abah dan adik beradik abah lain tak balik tengok uwan. Allahuakbar. Kalau lah saya sekaya nealofa, hari hari saya sediakan kenderaan beserta driver hantar abah dan adik-beradik abah yang duduk luar negeri sembilan ni untuk pulang tengok uwan. Maaf kalau saya silap kata, tapi sepanjang 24 tahun saya sekeluarga ulang alik setiap minggu, saya tak pernah nampak awak di rumah uwan. Ok tipulah saya kalau tak pernah nampak, nampak tapi jarang dan sekejap umpama singgah rumah jiran je.
Dan ini lagi satu, allahu. Saya cukup sedih dengan orang yang gemar bagi alasan untuk beredar cepat. Tambahan uwan tulah yang jaga dan membesarkan awak² semua waktu kecil dulu. Saya adik beradik tak diberi kesempatan untuk dijaga oleh uwan sebab mak suri rumah, kami 100% dijaga oleh mak di rumah sendiri. Saya faham kalau ada parents yang hantar anak anak kat rumah nenek mereka waktu diorang bekerja sebab tiada siapa nak jaga budak kan. Bagi saya, menjadi satu kewajiban untuk parents supaya sentiasa menerapkan nilai nilai baik kepada anak mereka dan sentiasa ajar anak² itu untuk hargai nenek mereka. Balas jasa nenek mereka itu. Tugas nenek ni bukan untuk jaga cucu tau sebenarnya. Jaga setakat boleh, tapi kalau jaga umpama anak sendiri, dari pagi hingga malam duduk di rumah nenek, tolong mandikan, hantarkan pergi sekolah dah dikira luar bidang 'jobscope' sebenar seorang nenek. Masyaallah, tolonglah hargai nenek kita tu.
Sekian rentetan (lebih kepada luahan) dari seorang yasmin. Its been so long since I've wrote last post. Rindu! Kita cuba semula ya yasmin untuk hidupkan blog ni. Janji yang ke seribu kali.
Thank you & Miss you!
0 comments
Post a Comment
Life update as of November 2020
Sunday, November 1, 2020
Assalamulaikum, kembali lagi disini. Alhamdulilah sihat, makin membesar dengan jayanya dan currently working from home with a lot of duniawi stress. Tajuk harini adalah "Am I being underpaid during this current pandemic?"
Recently, ramai sangat tweet pasal underpaid. So, I pun tanya balik diri I, am I being underpaid? So whose fault is this? Why is this happening?
Well, mmm yes I think I am being underpaid despite having a degree and multi-tasking plus ad-hoc work in a small company. I am in awe actually, wow Yasmin masih survive dengan company ni. First of all, 2019 me tak pernah kisah akan berapa jumlah saya akan digajikan. Jujur saya tak pandang duit. Yang saya pandang adalah, saya nak bekerja untuk dapatkan 'working experience' untuk bekerja di company yang lebih bagus dan established. Tapi sekarang, macam stuck pula disebabkan Covid-19. Nak tak nak I have to stay sebab perlukan duit and I don't like it. Untuk dua bulan yang pertama last year, jujur saya paksa diri saya bekerja untuk dapatkan pengalaman sahaja. Tapi lepas 3 bulan, saya kata semula kat diri saya untuk bantu company ni grow sebab company ni kecil, saya boleh terapkan semua knowledge 4 tahun saya belajar di Universiti dan saya rasa saya bebas untuk bantu company ni. Tapi sangkaan saya salah.
Baru 3 bulan bekerja, saya ditawar untuk pergi ke Korea bantu photoshoot dan videoshoot produk company. Demi Allah, saya sangat terkejut sebab masih baru bekerja dan saya pun tak pernah jumpa bos company. Bayangkan, pergi ke Korea atas urusan kerja untuk company bersama bos yang tak pernah jumpa pun dan saya baru bekerja tak sampai 3 bulan pun lagi. I don't know what was my boss thinking at that time. Kebetulan waktu tu pun saya dilamar untuk bekerja di Advertising agency dan ditawarkan gaji 2x ganda dari gaji sekarang. And again, I don't know what possessed me at that time. I tolak tawaran kerja tu and pergi ke Korea. Saya tak menyesal waktu tu, tapi saya menyesal sekarang. But memang tak dapat dinafikan , trip ke Korea memang satu peluang yang sangat menyeronokkan bagi saya dan eye opening gituww untuk lebih mengenali company ini.
Kini setahun berlalu, saya tak dapat kenal pasti apa yang saya dapat belajar kat sini. Seteruk teruk saya dibuli sewaktu intern dulu, saya dapat juga belajar sesuatu yang saya terapkan sampai sekarang. Tapi saya rasa saya mahir dalam mendengar arahan kot dan sentiasa senyum. One more thing, I am working under someone who micromanaged everything. Goodluck to new staffs if ada. If anyone read this, doakan saya untuk dapat kerja lain as soon as possible. My resignation letter pun dah ready tapi saya tak kuat nak submit lagi sebab waktu-waktu sekarang, semua orang memerlukan duit. But one thing for sure! I want to resign so badly that I might just resign anytime soon sebab saya rasa saya tak boleh nak tahan dah dengan tekanan being micromanaged. Even working from home pun, saya rasa stress tu makin meningkat. Ive always had this prinsip since zaman study, I wont be back to my hostel room until siap assignment. Bila buat kerja kat bilik sendiri, memang takkan tersiapnya. Hostel room/ rumah is some place untuk kita berehat, tempat kita stress-free. But now, things changed indeed. Nasib lah kan. Ambil side positif je, atleast I can tengok peluk salam mak abah 24/7.
Saya pun tak nak sia-siakan hampir 100 ribu ringgit ayah saya laburkan untuk saya habis belajar di universiti untuk saya dilayan macam orang tak pandao dan dipandang rendah. Tidaklah saya nak orang pandang tinggi ke saya. Tapi setinggi mana kita berdiri jangan pernah merendah rendahkan orang lain. I thought I've met all sort of perangai waktu belajar tapi rupa-rupanya banyak lagi ragam manusia di luar ni. May Allah protect us all.
Lastly, It is sad to see that we are now living in a sad reality. We dont even have any choice. I have to positifkan diri. Setiap hari berlawan dengan minda dan hati to keep saying "its ok". Trust Allah in this journey and Allah always with me 24/7. Chaiyok Yasmin!
To answer whose fault? Tiada salah sesiapa. Dah tertulis rezeki seorang yasmin amran disini. Maka disinilah perjalanan saya. Why is this happening? Well, we can't predict future. I never knew saya boleh rasa underpaid walhal saya tak pernah pandang jumlah duit. But yes, saya berani kata saya dan rakan sekerja saya yang lain, bahawa kami memang underpaid sebab terlampau banyak kerja dipertanggungjawabkan atas 3 orang staff sahaja. From planning & design scope to sales, management, logistics and customer service. None of our work is excel due to overload work. We don't even know anymore how to prioritise which ones important when you keep pushing us on everything. You demand us to be a 'Dream team' when you don't even act as a good team leader. That dream can only be just merely a dream. You are one of the most nice person I have met in my 23 years live. May Allah bless you and your family. If you happen to read this someday, carefully read and understand each of my words. I do believe you can go higher since you have been involve in this industry for quite some times and you love it. I can see that you devote your whole life to this.
Also! Someone might found this post as "tak bersyukurnya!" Yes I know, if saya jumpa someone bercerita pasal ni pun saya akan cakap benda sama. Lagi lagi musim orang kena buang kerja, awak nak berhenti kerja kenapa. I cried so hard last week, menangis yang tersedu sedu tu. I can't even talk and breath. I went to mak abah untuk minta izin nak berhenti kerja, mak ok tapi abah tak bagi. Up till today, saya tak tahu nak buat apa except terus bersabar. Tapi sampai bila lagi saya boleh bersabar. Dari bulan januari saya bersabar, pendam sorang sorang, jadi budak yang kena arah itu ini dan sentiasa tipu semua orang dengan senyuman when I am hurt inside. Like I said kat atas, I hope Allah give me strength to just resign anytime soon. I am mentally tired.
다음에 또 만나요!!
안녕!
1 comments
Anonymous said...
Semoga kekal kuat kak
Post a Comment
M O N E Y
Wednesday, June 24, 2020
I used to have this bad habit of spending money on unnecessary things. Contoh, bayar app setahun untuk kepuasan guna sekali je 😑 sekarang tak guna! Nampak tak! Tak berguna pun!
Lepastu, I realized that waaaah aku ni boros rupanya. Mindset dulu dulu ="Masuk duit banyak, spent pun bolehlah banyak"
I've tried untuk masuk duit dalam tabung tapi tak berkesan sebab satu hari mesti akan terguna juga. Stress 😰
So, my way of simpan duit sekarang dari beli benda tak datangkan faedah adalah dengan menyimpan kat bank yang susah nak keluar 😂 tabung juga tapi tabung haji 😂 Saya tiada bank rakyat dan maybank. So yeah~
Risau juga mula mula sebab nak keluarkan duit dari tabung haji leceh kalau tiadq maybank/bank rakyat. Lepas tu Abah kata "itulah namanya menyimpan, kena bersusah payah sikit nak keluarkan duit tu, sebab tu duit menyimpan ni keluar bila perlu". Haaa kat sini timbul persoalan dalam diri pula. Aku simpan untuk apa? Aku simpan untuk simpan lah. Kalau duit tu senang untuk dikeluarkan, maka bukan menyimpan namanya 🙂 menyimpan untuk memuaskan hati mungkin. Bila rasa tak cukup duit, senang je pergi ATM keluar. Kan kalau simpan dalam tabung haji ni leceh nak keluarkan, kena ambil nombor, menunggu... dll. Betul kan! 😂
NOW! Adakah anda seorang yang boros? Haaaa track balik kemana duit korang pergi tu! Bawa kebaikan atau tidak? Kebaikan tu kekal atau sementara waktu tu je?
Cari duit mungkin senang untuk sesetengah orang tapi senang juga duit keluar habis begitu sahaja..
0 comments
Post a Comment
D 3 - 4 K O R E A 2 0 2 0
Sunday, May 3, 2020
Day 3 & 4, Hari yang paling ditunggu-tunggu. Kami ke daerah luar Seoul. Nama tempat tu Daegwallyeong. Tiga jam lebih jarak perjalanan dari Seoul. Terasa seperti pergi roadtrip dengan family dan kawan-kawan. Untuk kesana, boss sewa mini van (Hyundai Starex) beserta driver. Asalnya nak drive sendiri tapi nanti sesat pula dekat sana sebab tiada sorang pun dari kitorang boleh cakap Korea fluently. Tapi, driver kitorang tak boleh cakap english pula. App Papago banyak membantu untuk bercakap dengan ahjussi tu. Isyarat tangan pun turut membantu haha.
Janji nak gerak sebelum pukul 7 pagi tapi sebagai seorang rakyat Malaysia yang sejati, pukul 7:30 pagi pun masih dalam rumah. Ahjussi tu pun lambat 30 minit. Jadi, adillah kan. Pagi-pagi lagi Aunty (mama iman) dah berhempas pulas di dapur, siapkan barang makanan untuk dimasak disana. Kami ke sana untuk 2 hari 1 malam sahaja tapi beg-beg yang dibawa macam untuk tidur 5 hari. Ahjussi aigoo aigoo tengok beg kitorang. Dah setel semua dalam kereta, lebih kurang pukul 8:10 pagi, kitorang dah dalam perjalanan menuju ke destinasi berpandukan GPS.
Somehow, aku & Farah macam jadi translator antara ahjussi dengan yang lain. Tapi kitorang basic korean Level 2 pun tak lepas, setakat boleh faham and cakap bahasa simple jelah haha. Disebabkan itu kitorang kena duduk depan. Keadaan sempit kat depan tu memang buat cramp kaki. Sejam kemudian, ahjussi stop kat area RnR. Toilet stop katanya tapi kitorang bukan toilet stop sahaja. Food stop lah, coffee stop lah, view stop lah. Sekali lagi, aigoo aigoo ahjussi tu. Maafkan kami haha. RnR Korea lawa nak nangis. Macam-macam makanan jual tapi takut nak beli. Berani beli air sahaja. Dekat 30 minit juga kitorang stop. Sabar jelah haha. Sebelum gerak semula, ahjussi warning dah tak stop tau. Hahaha. Memang iya, lepas tu tiada stop dah.
Kecuali! bila kitorang masuk area Pyeongchang, ada satu tempat ni, view dia masyaallah lawa sangat. Pokok-pokok diselaputi snow putih. Macam masuk cerita Frozen, semuanya ice & snow. Kitorang dalam kereta dengan phone masing masing "woah woah" sampaikan pakcik tu stop tepi jalan untuk kitorang bergambar hahahaha. Subhanallah sumpah lawa view dia. Snap snap snap. Perjalanan pun diteruskan. Kami tak check-in guesthouse dulu, dengan beg beg besar, kitorang bawa naik masuk Daegwallyeong Samyang Ranch. Semestinya beg dalam van, takkan nak tarik tangan haha. Oh ya, nak naik area Samyang ranch ni scary sikit sebab musim sejuk kan ditambah dengan global warming lagi. Ais kat atas tu start cair. Jadi jalan licin, kereta nak naik pun kena perlahan-lahan. Lagilah, kami naik kereta besar, Hyundai starex. Berat dengan manusia dan bag. Tapi ahjussi pro, rasa selamat je dia bawa naik atas.
Aku tak tahu berapa lama orang biasa boleh tahan berada kat area yang dikelilingi salji tebal. Tapi kami 4 jam kat luar tu. Punyalah lama tanpa sedar 4 jam dah berlalu. Dalam pukul 3 petang kot rasanya, kitorang turun untuk checkin guesthouse. Tapi kerja tak habis lagi time tu, sambung dalam rumah pula. Dah check-in, kitorang makan dulu dengan bekalan yang Aunty dah sediakan dari Seoul. Masakan melayu kalau tak silap. Kitorang jamu makanan melayu ke orang korea hahaha. Oh ya, rumah tu heater lambatnya ya allah nak panas. Tengah malam time tidur baru start panas.
Btw, kenapa ada gambar oppa kat atas tu? Not so oppa lah, dia suruh panggil Mr Kim haha sebab susah nak sebut nama dia. Kitorang hire dia untuk shoot video. Siapa tahu Kmong? Hire dia dari situlah. Kmong ni macam website untuk cari freelancer dalam semua bidang. Website ni dalam bahasa korea dan bukan semua orang dalam tu boleh cakap english.
Guesthouse ni kitorang book through Airbnb. Masyaallah sumpah lawa. Disebabkan rumah ni, aku jadi gila cream & putih. Sebelum sampai tu, kitorang mati-matian ingat rumah 2 tingkat, rupanya penthouse yang ada attic. Ada 3 bilik tidur, 2 bilik air dan 1 bilik mainan(?) kat attic. Kitorang lupa actually, driver ada sekali dengan kitorang, jadi kena provide bilik untuk dia juga. Tiga bilik bawah dah penuh. Kitorang seramai 9 orang tau plus driver jadi 10 orang total. Takkan kitorang the perempuans nak tido kat ruang tamu. Kalau tiada driver, boleh je bentang futon depan TV tu. Terpaksa kitorang tidur kat bilik mainan atas kat attic. Heater pula tak sampai atas. Kitorang pakat ambil 3 selimut untuk setiap seorang balut diri supaya tak kesejukan. Nostalgic gila rasa waktu tu. Macam rasa kat kampung nak raya, tido dengan cousins ramai ramai berderet. Rindu!
Gambar google tapi feel dia camni bila dah bentang tilam kat atas tu.
Keesokan harinya, pukul 8 pagi jaga. Aunty masak bihun tapi yang lawaknya bihun takde jadi gantikan dengan Korean Glass Noodles. Masakan melayu ada sentuhan makanan korea. Tapi sedap! Sumpah sedap! Tak main-main. Kalau ikutkan jadual, kena sambung kerja juga harini. Satu masalah pula nak cari tempat snow lain kat area situ. Try untuk masuk area ski tapi tak boleh sebab mahal sangat dan kebetulan ramai orang haritu. Berlegar-legar 2/3 tempat juga. Akhirnya masuk balik Samyang Ranch, tempat semalam. Ada issue juga dengan ahjussi time tu tentang masa. Dia suruh balik pukul 3 tapi kerja kitorang tak setel lagi. Pukul 4 baru habis, nasib ahjussi tak marah walaupun ada tarik muka sikit mula tu. Turun dari Samyang Ranch, nak jaga hati ahjussi, kitorang belanja dia coffee walaupun tak tahu dia suka apa haha. Perjalanan balik ke Seoul diteruskan. Waktu tu, jam 5:30 petang dah gelap. Disaat semua terlentok tidur, how can I sleep biarkan ahjussi seorang diri je bawa kereta. Tak sampai hati nak tidur, aku pura pura tengok phone. Nasib baik radio pasang, adalah 2,3 lagu favourite keluar. Asal tak sunyi bolehlah kan.
Thank you.
Update as of 21/10/2021 = Cerita tak habis lah korang! Nanti yasmin update lagi okay. Cerita cerita kitorang travel dengan iman troye di Korea hahah. Xdelah gurau je. Alhamdulilah iman dah berjaya jadi penyanyi yang comel. Memang impian dia! Tiap tiap masa nyanyi je hahah. Semoga sukses sentiasa!
0 comments
Post a Comment
D - 2 K O R E A 2 0 2 0
Friday, April 3, 2020
Day 2
Selamat datang ke Day-2. Hari Rabu. Sepatutnya kena bangun pukul 7 pagi. Tapi jam di dinding menunjukkan pukul 10 pagi kami masih di alam mimpi. Mungkin saya orang pertama bangun. Btw yasmin & Farah tidur luar sebab bilik ada 3 sahaja. Satu bilik digunakan untuk pack parcels. Sarah & Balqis berjaga malam kat situ. Diorang berdua in-charge dengan business di Korea. Malam-malam je akan ada bunyi cellotape. Hari pertama, agak susah nak tidur dengan bunyi bising tapi makin lama makin penat, jadi abaikan sahajalah bunyi. Walau kami tidur luar tetap selesa, sebab lantai ada heater. Tu yang lena tidur tak bangun bangun. Habis mandi, saya kemas tempat tido, kemudian update family and cucuk Sim-card. Yeay~ Tak lama kemudian, rumah mula bising. Dapur mula berasap. Satu benda saya menyesal tak buat waktu kat Korea haritu adalah tangkap gambar makanan. Mama iman in charge of makanan selama 11 hari ni. Pagi pagi ada je makanan. Bermacam-macam makanan kitorang makan sepanjang 11 hari tu. Nasi goreng, Maggi, cekodok, sardin, roti sardin, ayam goreng dan banyak lagi. Rindu!
Anyways, supposedly harini kena pergi recce tempat nak shoot tapi disebabkan semua terbabas, jadi terpaksa tukar hari. Kami gantikan dengan aktiviti shopping baju sejuk. Pergerakan kitorang tempoh hari di korea agak terbatas and agak mahal sebab kitorang bergerak ramai-ramai. Sebuah taxi biasa di Korea hanya boleh muat 4 orang sahaja. Nak taknak kena ambil taxi jumbo yang boleh muat ramai orang. Taxi jumbo ni mahal dan susah nak dapat, hanya area tertentu sahaja senang dapat. Jadi, first destination kami untuk shopping baju adalah semestinya Gangnam station underground shopping center. Balqis & Sarah suggest untuk cari baju kat situ sebab lawa-lawa and harga affordable. Situlah tempat diorang selalu shopping 😂. Habis underground kitorang tawaf, naik ke atas pula. Sejuk dia tak boleh bawa bincang. Kitorang literally hop from one kedai to another kedai untuk elakkan rasa sejuk. Lantaklah apa orang nak kata. 3 jam kemudian, semua pakat nak balik tapi semua orang kelaparan.
Dahlah kelaparan. Transport pula susah dapat. Kitorang menungu dekat bus stand selama 30 min untuk tunggu taxi jumbo datang tapi tak sampai sampai. Bayangkan, litorang menunggu di bus stand tepi jalan yang terbuka tu... Menari-nari lah kitorang semua tepi jalan tu untuk dapatkan haba panas. Sejuk oii! Kebetulan belakang bus stand tu ada kedai roti, Iman, Sarah, Balqis and Farah masuk sekejap sebab tak tahan sejuk . Ambik bau sekali lerr tu. Selepas 30 minit menunggu, kitorang giveup dan ambil taxi biasa je. 4 orang satu taxi, 3 orang lagi di taxi lain.
Gambar google. 3° time tu kalau tak silap + angin kuat.
Sampai sahaja di area Itaewon, kenangan korea tahun 2019 lalu datang mengusik. Area Itaewon inilah tempat kitorang menginap selama 5 hari di Eid Guesthouse. Makan di the halal guys.. Balik tengah malam terperangkap di tengah tengah sekumpulan orang mabuk.. Nak balik rumah, kena mendaki bukit, nak turun beli kebab kat bawah pun kena turun bukit. Sumpah kenangan!
-Enough flashback-
Sampai sahaja di area itaewon, tempat pertama aku nak gi sangat semula adalah The Halal Guys, makanan dia tak boleh dilupakan sampai bila bila. Waktu tu, kitoranng makan kat kedai arab. Boleh tahan sedap!. Tak ingat kedai apa namanya. Berjam jugalah kitorang makan dalam tu sebab hangat dalam tu, tak bersedia nak keluar lagi 😂. Sedar sedar dah pukul tujuh lebih.
Sebelum balik.. saya, farah, iman, sarah & balqis ke Daiso untuk beli barang keperluan rumah yang habis seperti tisu dan lain lain. Daiso korea mungkin tak jauh beza dengan malaysia tapi kat Korea, kedai diorang lagi besar, luas and bertingkat-tingkat. Semua keperluan ada kat situ. Selesai membeli, sarah and balqis suggest jalan kaki balik ke rumah. nampak tak sengih tu. Mestilah excited! Bila lagi nak berjalan kaki malam malam time kat korea dalam musim sejuk ni! Nak dipanjangkan cerita lagi. Kitorang dah sampai rumah, siap mandi dan berbaju tido, disuruh pergi balik Daiso Itaewon beli tupperware makanan untuk buat bekalan esok hari. Walau dah dalam baju tidur, kitorang keluar. Waktu tu 9:30, Daiso pula tutup pukul 10. Takut tak sempat sampai, kitorang pilih untuk naik taxi. Balik, kitorang jalan kaki. Sejuk tapi sejuk yang boleh tahan. Macam dalam freezer ditambah dengan angin malam yang sepoi sepoi.
Kami berlepas dari Malaysia pada pukul 7:20 am dengan menaiki Airasia. Kami mula berkumpul di KLIA2 pukul 5 pagi. Ada setengah dari kami tunggu kat Subway tapi aku & Farah tunggu kat check-in counter sebab nak timbang berat bag. Aku dan Farah, request untuk ambil quiet zone sebab aku tak tahan duduk dalam keadaan sempit dan ramai. Jadi kami semua pun ditempatkan di Quiet zone. Alhamdulilah tak ramai orang. Teringat dulu waktu join program MMU's GNP 2018 kat Mokpo. Mirza tolong book-kan seat quiet zone juga. Mati-matian lah aku ingat kitorang berempat plus dua passenger lain dalam quiet zone tu je yang ada dalam flight tu. Dah nak keluar, barulah nampak ramai rupanya manusia lagi kat belakang tu.
Jadi, dalam flight tu aku ambil seat tepi tingkap. Time tu lapar gila sebab pagi tadi tak sempat makan. Berangan dan berharap sangat menu Chatime yang bandung tu still ada lagi dijual tapi diorang dah tukar menu. 2 kali tau kitorang order makan atas tu. Lapar punya pasal. Last year, mirza ambil flight malam. Tak selesa macam mana pun, tetap boleh tidur jugalah. Walaupun kejap kejap terjaga. Tapi kalini, aku tak boleh tidur langsung. Excited sangat rasanya tu. Sakit mata pandang awan yang terang benderang kat luar.
Se-sampainya kitorang di bumi Korea. Ya allah, level excited aku sumpah tak boleh control. Dari atas flight sampailah ke area immigration, aku tersengih je. Kapal tak berhenti lagi, aku dah asyik sentuh cermin tingkap. Jakun betul bila terigat balik. Maafkanlah seorang yasmin yang baru pertama kali merasai musim sejuk. Never in my whole life aku berangan untuk ke korea waktu musim sejuk. Alhamdulilah.
Ok sambung, dah lepas dari gate immigration. Ada setengah dari kami pi cucuk duit, beli simcard dan beli air kat convenience store. Aku pula menunggu, menjaga barang yang lain. Sambil tu, on-kan phone nak update parents dah selamat sampai. Time ni, pakai wifi airport. Aku dan farah decide untuk ambil simcard sepanjang kat Korea ni. Sebab lagi mudah berbanding sewa pocket wifi. Range harga pun, lebih kurang je. Mungkin murah sikit, mungkin mahal sikit. Sebelum ni sewa pocket wifi WIYO. Leceh sebab kena charge and besar sikit dan cepat panas bila guna lama. Kenapa kitorang guna pocket wifi time tu sebab kitorang duduk lama, hampir sebulan. Sim-card ni pula dia punya pakej ikut hari-hari. Eh yeke. sorry kalau salah. Tak pandai explain bab ni. Pakej yang kitorang ambil haritu, pakej 10 hari. Dapat unlimited internet, tapi setiap hari ada max data. Bila dah sampai max dia, data kitorang akan lambat sikit tapi still ada internet.
Settle semua urusan, kami pun beramai ramai keluar dari ruang dalam airport tu. Terbukak je pintu depan airport, angin sejuk terus mencucuk. Masyaallah, sejuk sangat! Ditambah pula, waktu tu hujan. Baju sejuk yang tak zip terus aku zip sampai ke atas. Tutup habis. Berasap-asap mulut semua orang bila bercakap. Masyaallah. Walaupun sejuk sampai ke tulang, muka tak lekang dengan sengihan dan senyuman. haha
Disebabkan kami ramai. 7 orang + 7+ luggage besar besar. Kami terpaksa ambil mini van(?). Asalnya, ada sorang pakcik korea ni suruh kami ambil mini bus. Harga sebuah mini bus itu tersangatlah mahal dan terlampau besar untuk kami 7 orang. Apa yang kitorang perlukan adalah ruang bonet yang besar. Gaduh punya gaduh sampai pakcik korea tu macam marah dengan kitorang sebab nak juga suruh kitorang ambil mini bus tu. Bermacam ayat marah dia keluarkan. Terkedu bila aku faham apa yang dia cakap tu. Drama depan mata ni. Tapi diorang tak marah sebenarnya, cuma ayat diorang kasar and nada tinggi. Menakutkan mula mula tapi itulah hakikatnya.
Akhirrnya kitorang dapat mini van tapi dengan pakcik lain rasanya. Lebih kurang 5 petang, kami selamat sampai di rumah boss yang terletak di area yongsan-gu, bersebelahan Itaewon. Rumah boss ni pula terletak 1 tingkat atas dari bawah. Level 1 lah kiranya. Level bawah tu pula ada 2 cafe. Gigih lah kami semua mengangkat beg yang berkilo-kilo itu. Malamnya semput hahahaha, nasib bawa inhaler. Sayang tak sempat ambil banyak gambar haritu.
Bulan januari tahun ni, aku berkesempatan lagi untuk jejak kaki ke Korea. Kebetulan, bulan januari di korea masih musim winter. Alhamdulilah. Thank you boss for sponsoring us from day 1 to day 11. Makan sedap! Tempat tinggal selesa. Bekerja sambil bercuti gituw. This is a work trip tau. Fist time in my life ada work trip. Takut tapi redah saja.
We went to Korea for a work trip dimana me and Farah had to become photo/videographer bidang terjun. Sangat lah janggal for me to become a photographer. Yes, aku letak photography and videography as my hobby. Tapi ni satu cerita lain ni. Since aku start bekerja kat sini, everything is bidang terjun for me actually. Except for the graphic designer job. Well, I don't specifically ambil graphic design as my main course tho, but we still learn that in uni (more to learn sendiri sendiri). I graduated in Advertising Design but t bekerja as Graphic Designer. Some people do judge me, but yeah. Rezeki is everywhere. You just gotta put faith yang tinggi dalam semua benda yang you buat.
Aku tak tahu nak expect apa kat korea bila musim sejuk. Yang ada dalam fikiran waktu tu, sejuk je. So bawa banyak baju panas. Siap beli a new big luggage sebab pakaian musim sejuk bulky gila! Aku ni pula, sejenis perangai yang nak bawa semua benda. Puaslah kena bebel dengan mak abah suruh aku bertenang bila pack barang. Bak kata abah, kalau tak bawak, boleh beli sana. Apa-apa pun banyak juga sweater aku bawa, baju sejuk sampai 2 aku bawak punya takut kalau apa apa terjadi. Last-last satu je pakainya. Dan juga sempat beli winter boots kat kedai bundle bukit jalil. Claim kalis air tapi nope, kaki aku sejuk gila sebab ais cair masuk kat boots tu. RM 69 if im not mistaken beli haritu.
Money preparation. Jujur aku bukanlah seorang yang pandai cakap pasal duit. All I know adalah, duit untuk diguna dan disimpan. Bila ada duit cash, aku guna. Gaji masuk, terus simpan atau tramsfer ke akaun lain supaya tak terguna. Biar lah apa nak jadi. Aku dah bahagi duit cash untuk diguna sepanjang kat sana, so pandai pandai lah guna duit cash tu... Untuk trip korea ni, aku bawa Rm 1200 dari gaji aku kalau tak silap. Campur dengan duit lebihan sebelum ni yang tak habis guna. Total tak sampai RM 2000 pun aku bawa. Sebab semua benda ditanggung oleh boss aku. Makanan, tempat tinggal dan transportation semua ditanggung. Alhamdulilah.
Aku pernah baca pengalaman orang lain, kalau kita pandai berjimat, bawa RM 1000 pun boleh hidup selama 5 hari di Korea. Tapi semua benda kena biasa biasa lah. Tak boleh sangat makan sedap, kena naik subway, tak boleh naik taxi sangat, kena tido tempat murah atau addordable lah. Tapi kalau boleh, bawalah RM 2000 dan lebih supaya korang rasa seronok kat Korea ni. Dah nama pun melancong takkan korang nak kena ikat perut juga 😟. Tempat tinggal tu ambil airbnb, sumpah lawa! Jangan lupa untuk ke Everland! Ada duit lebih, pergi Busan. Jangan duduk dalam Seoul je. Bosan. Umpama bandar Kuala Lumpur je Seoul tu. Lebih baik bercuti di KL je.
Thank you.
0 comments
Post a Comment
Silver Spoon
Wednesday, April 1, 2020
Orang yang dibesarkan dengan silver spoon ni... Diorang sebenarnya tak pandai menunjuk pun. Eventhough gaya or percakapan diorang menunjuk tapi in reality diorang takde niat nak menunjuk pun. Kerana apa? Sebab diorang dibesarkan dengan cara sebegitu. Berbeza dengan kita kita ni. Kira macam dah jadi darah daging diorang, dah melekat dengan personaliti diorang.
Kenaoa tiba tiba topik ni? Sebab aku ada beberapa kawan dan saudara yang dibesarkan dengan silver spoons. Tiap kali raya, dialah paling extra, paling ada class. Bila dah bertahun kenal, you secara tak langsung lali and faham. Kita lah kena pandai give & take.
Pernah dengar tak ungkapan setiap bayi yang dilahirkan di dunia ni umpama kain putih kosong. Umpama buku muka surat pertama. Ibu bapalah yang memainkan peranan penting untuk mencorak kain putih ini. Jikalau tulisan pertama tertulis, "si adam makan cornflakes sahaja di waktu pagi" maka setiap pagi itulah makanannya setiap pagi. Faham ke? 😅
Baru teringat, aku ada actually neighbour yang anak dia dari kecil hanya boleh makan roti sahaja. Bila jiran lain tanya, kenapa dia hanya makan roti sahaja? Jawapan si ibunya adalah "sebab dia tak boleh makan makanan lain, saya bagi roti je". Dan sampailah suatu hari tiba, anak start masuk belajar di kolej. Perlu tinggal di hostel. Bila kami berjumpa semula, terkejutlah kami bila nampak anaknya itu boleh makan nasi dan makanan-makanan lain.
Aku tak tahu lah ayat aku ni senang difaham atau tak.😅😅 Tapi kesimpulannya, bila kita dibesarkan dengan sesuatu cara kehidupan itu dari kecil, secara tak langsung ia membentuk diri kita yang akan datang. Somehow mampu membentuk personaliti kita dalam what we can do, we cannot do, things that we like, hate and so on. Unless kita berpisah dengan punca utama yang membentuk kehidupan kita itu. Bermaksud, buka buku baru. Nak buka buku baru ni, sangat susah (for me atleast). I truly believe 'new chapter' can only happen if we were affected mentally and physically from some things yang... besar. Yang mampu 'sentuh' kita luar dan dalam. In my neighbours story, i believe what triggers that kid untuk start makan makanan lain adalah sebab keadaan yang memaksa dia. Kena pisah dengan family, duduk hostel pula tu. Mungkin lah kot. Sebab aku macam tu haha
Adakah aku lari jauh dari topik asal? Oppssy... Ok so basically, people who were born with silver spoons are not bad people. Not all at least. Bad people for me is someone yang tak pandai jaga duit, love to berhabis on unnecessary things when you yourself tak cukup duit. Please people! Be reasonable and be considerate. If you cant be considerate with someone else. Atleast be considerate with youselves!
Tahniah Yasmin 2020. Will your next post be on 2021?
Thank you.
0 comments
Post a Comment
MMU’s GNP 2019 Day 2 - 3
Wednesday, October 9, 2019
Baru perasan dalam last post aku lupa nak cerita sedikit info tentang apa program aku join ni. Dalam kata mudah dan senang faham, based on understanding akulah... MMU's GNP ni macam program cultural exchange dalam tempoh yang sekejap. Orang korea ni bangga gila tau orang luar datang masuk negara dia untuk melancong atau specifically datang untuk belajar culture diorang. Sebab itulah kalau perasan banyak gila program-program camni dibuat kar sana. Scholarship nak belajar kat korea pun senang dapat untuk foreigner. Sebelum ni, aku tak tahu pun pasal benda ni, dah jejak kaki kat korea & jumpa kawan kat sana, dioranglah yang explain. Dapat ilmu baru. Alhamdulilah. So master next insyallah. Bawah ni pula ayat copy paste dari program ni.
MMU's GNP is a two-weeks program focuses on experiencing as followings: Korean Language
and Culture, Marine Sports, Visit to Korean historical places and ocean industries.
▫ Special lecture for the ocean industry are offered: Future of the ocean industry
▫ Language of this program is English or Korean.
Dah nama pun MMU's GNP semestinyalah akan duduk kat Mokpo National Maritime University since diorang yang anjurkan program ni. According to them, program ni dibuat setiap tahun. Ada rezeki lebih, boleh join setiap tahun. Pihak sana sangat suka, boleh buat kawan dengan diorang terutama dengan staff-staff program.
Day 2 starts here.
Hari kedua tapi dikira sebagai hari pertama program start. We woke up a little bit late on that day. Sedap dapat katil + taknak keluar dari bilik yang sumpah selesa itu. BTW! selama 2 minggu kat sana, last daylah baru dapat bukak aircond dalam bilik. Nasib tingkat 4, so tidur buka tingkap, sliding door, balkoni semua buka except for the jaring kat tingkap, untuk elakkan nyamuk masuk. No complains sebab cuaca sejuk lagi time tu, tengah tidur pukul 3 pagi pun boleh terjaga untuk ke tandas & nak tarik selimut. Eh ada complain! kitorang tak dapat bantal sebab tak cukup 😶 1st week ok boleh tahan tanpa bantal, masuk 2nd week start sakit tengkuk dah, terpaksa turun daiso cari bantal sebab situ ja yang paling murah, 3,000 ₩ bersamaan dengan Rm 9/10. Try gi kedai bantal tapi mahal benor.. paling murah pun 9,000 ₩ mungkin.
Anyways, class tak start lagi, Campus Tour Day~ tapi kitorang dah round satu campus semalam sebab bosan menunggu dalam office haha. Pukul 9 dah kena ada dalam hall bangunan no. brapa tak ingat... tapi pukul 9 lah kitorang baru nak turun kumpul bawah hostel pastu kena marah dengan Prof. Pyo hehehehe. Sejam kemudian, start campus tour. First building untuk dilawat adalah library. Library diorang lawa. Semua bangunan kat korea lawa lah kiranya kecuali tandas diorang(bukan semua). Dalam bangunan canteen ada convenience mart, ATM dan bank. Senang nak keluar duit dalam campus dah. Aku tak sempat ambil tahu apa nama staff yang bawa kitorang tour ni tapi dia ni badan & muka punyalah comel tapi kaki laju nyalah hai. Jalan dalam bangunan biasa pun boleh peluh sebab nak mengejar dia ni. 5 saat toleh tempat lain dia dah ada hujung depan sana. Habis tour, kitorang dikumpulkan kat luar office untuk diorang bawa kitorang gi kedai makan sebab canteen dalam kampus tutup untuk renovation. Semua excited dah ni, tak sabar nak naik bus. Selepas hampir 10/15 minit berkumpul, min seonsaengnim 민 선생님 tetiba suruh follow dia. Kitorang yang ada kat depan sekali pun ngikut jelah. ohh rupanya jalan kaki nak ke kedai makan. Berjalan lah kami bagai itik pulang petang pun ada, berderet je ramai-ramai. Dekat 10 minit berjalan tu semua start mengeluh dah, staff yang lead tu punyalah nak hype kan semua bermacam-macam ayat manis dia bagi "It's ok, 20 minutes only" rupanya nak ke kedai makan tu kitorang kena berjalan kaki selama 20 minit. Sabar jelah. Exercise. Menyesal tak ambil gambar kedai. Otw tu, kitorang lalu balai polis, tadika, sekolah menengah eh ke rendah tak pasti. Ibarat suasana pekan korea or any pekan kecil di malaysia mungkin. Ramai betul orang tua pangkat nenek atuk duduk luar kedai. Sumpah macam dalam realiti show yang bila diorang gi pekan kecil kecil tu.
Awal-awal takut nak makan tapi lapar sangat >.< sebab semalam makan burger udang lotteria je kat Seoul. Insyaallah semua ok tapi kena beringat lah jangan ambil makanan yang dah sah sah korang tak boleh makan, jangan disebabkan korang ada title musafir korang boleh makan apa-apa, mana boleh benda haram nak dihalalkan. Habis makan, kitorang tak larat nak naik semula jalan kaki jadi kitorang berjalan-jalan area situ. Jauh jugalah berjalan sampailah jumpa Daiso, Innisfree, Tonymoly, Nature Republic, Etude House, Fila, Northface dll. Kedai makanan halal confirm confirm lah tiada di sini. Penat berjalan, masuk rehat kat dalam cafe & order ice choco. 6 ribu won habis oi. Nak balik, kami naik bus. Kerap kali confused naik bus ni. Kena alert sentiasa, buka mata, buka telinga semua kalau missed 1 stop, lagi penat nak menunggu. Malam kami pulun maggi lah, nikmat sangat rasa makan maggi time tu, rasa malaysia lah kiranya.
silap ambik gochujang banyak gila pastu nak cover malu tutup dengan kimchi padahal tak makan kimchi. Btw bawah kanan itulah sup kerak nasi (scorched rice soup) rasa macam air kosong ...dan kerak nasi.
Hebat abang sorang tu, baru hari ke 2 dah beli kasut baru.
Stokin sini mahal 500 won dari Seoul.
Diorang yang lain beli odeng dan kata tak sedap. Aku tak beli sebab takut.
and Day 3 starts here.
Sekali lagi, lewat sikit bangun harini. Bangun subuh 3 pagi, sambung tidur semula sampailah 8:30. Kelas pukul 9, tergesa gesa lah siap sebab dah diberi pesanan (amaran keras) untuk datang awal "Punctuality is everything". Kitorang dipecahkan ikut list nama. Kira total ada 4 kelas dapat lah dalam 3/4 orang dari mmu satu kelas. Lecturer suka pecahkan ikut group. Siapa duduk dekat, dapatlah satu group. 1st class ni kitorang belajar menulis nama sendiri dalam hangul. Introduction formal dan informal gitu. Kelas ada setiap hari kecuali sabtu ahad. Setiap hari kelas dari 9 pagi sampai 12 tengahari. 1st day ni dia release awal sebab nak siap untuk berjalan selama 20 minit untuk makan. Kitorang tak tahu lagi waktu tu, yang kitorang kena makan kat kedai tu selama 4 hari. Dah habis kelas, malas nak naik bilik, kitorang terus berkumpul kat depan office. Pelik rasa time tu sebab diorang suruh tinggal barang berat atau jangan bawak beg & staff diorang semua dah bertukar baju macam nak gi exercise tau. Rupanya diorang dah prepare untuk berpeluh. Cis hahahaha.
Ikut jadual, sepatutnya hari jumaat ni, 22nd June ni kitorang akan ada activity laut. Aktiviti dalam air. Tak sabar dah nak mandi laut atau main kayak ke, ada siap bawa swimming suit juga. Tapi, atas sebab faktor cuaca yang still sejuk, pihak Uni ubah ke activity mendaki Yudalsan Mountain, 2 jam untuk sampai puncak. Sian untuk yang tak bawa kasut lebih & takde kasut yang sesuai untuk mendaki. Sayang, tak ada memori sangat mendaki Gunung Yudalsan sebab ada asthma, tak berani nak naik sampai atas. Terpaksa join group yang tunggu kat tempat penamat. Tapi hampir sejam jugalah, kami berjalan turun naik bukit sikit untuk ke tempat penamat tu. Lebih kurang macam mendaki dah. Otw tu, sempat lah abadikan beberapa gambar untuk di-ingati atau supaya boleh menunjuk ke anak cucu aku suatu hari yang Nenek ni berjaya naik separuh Gunung Yudalsan kat Korea walaupun kat Malaysia, bukit broga pun tak lepas. Bolehlah tu. Satu perkara menarik, yang aku perasan time berjalan selama sejam tu, orang Korea ni agak peramah terutama yang tua-tua. Setiap kali kami bertembung dengan orang sana, asyik asyik Anyonghaseyo, Anyonghaseyo. Tak pandang tapi tiba-tiba suara keluar. Peramah. I loike. Ada sorang pakcik tu siap bagi kami gula-gula lagi.
Around 7 pm, lewat petang gitu, kami start berjalan berarak pulang ke bilik. Disebabkan kelaparan yang melampau dan punyalah nak berjimat makanan yang bawak dari malaysia, Aku join order tteokbokki dengan budak bilik sebelah. JANGAN TIRU! Aku rasa agak menyesal bila dah balik Malaysia ni. Rasa berdosa pun ada sebab aku ingat aku order kosong, rupanya ada cheese, ada macam daging sikit, tapi bukan daging ba** itu sebab takkanlah terang terang aku nak order makanan yang ada daging babi dalam tu. Astaghfirullah. Tapi tak dapat dinafikan, sedap gila wehh. Myeondong tteokpokki memang tak boleh lawan ori korea punya. Punyalah excited makan ramai ramai, kami buat circle bawah hostel kat tangga literally memang macam orang tengah nak buat ritual tapi dalam skala ramai. Tengah sedap menjamah, pak guard hensem datang halau cara baik tapi scary, mula-mula pandang pastu dia start lah arahan-arahannya, tak boleh makan sini. Dah dihalau cara baik, kami pun bergeraklah ke ruang makan yang betul iaitu di bangunan sebelah, tingkat 3. Sayang tak record tingkat 3 tu. As a k-drama lover, eveything in there ibarat...environment dalam drama korea keluaq depan mata. Lawa! Maka malam itu pun berakhir dengan tidur yang lena.
Jumpa next post.
Jarang update disebabkan bahagia a.k.a sibuk dengan kehidupan seharian.
1 comments
Linda said...
Wahh, seronoknya!
Post a Comment
Mokpo National Maritime University’s Global Network Program 2019: Day 1
Wednesday, August 7, 2019
Lama sangat dah nak post ni tapi asyik tangguh tangguh lepastu takde masa & end up sebulan berlalu begitu sahaja~ Jadi mari kita mula semula slow slow.
Warning! Post panjang sebab kalau boleh nak ingat balik dari A-Z detail habis ah kiranya. Mana tahu berguna kalau suatu hari nanti nak terobek.
I know! I know gambaq pecah tapi tak de gambar dah 😭
So, me and my friends just get back from Korea one month ago. 'Just' lah sangat walhal sebulan dah berlalu. Anyways, we went there for good 19 days from 19th June 2019 until 7th July 2019, 2 weeks kat Mokpo + 5 days di Seoul. Kami berempat (mirza, saif, ain & me) join MMU’s GNP 2019 - Mokpo National Maritime University’s Global Network Program 2019. Kami join under MMU - Multimedia University/ Kebetulan sama pulak nama U berdua ni haha. Tiga negara joined program ni iaitu dari Malaysia, Singapore & China. Malaysia pulak 2 University join iaitu Multimedia University dan Uniten. Tapi ada graduate students juga join dari UTAR.
Camna dapat gi korea? Sampai sekarang jujur rasa macam magic, tak sangka sangat mak abah benarkan pergi. Sungguh memang impian aku nak sangat jejak kaki ke Korea dari 2009. Zaman beli epop setiap bulan, dapat poster tampal belakang pintu, dah berani sikit start tampal kat dinding, zaman kumpul lirik lagu jugak. Good old days. Kalau bukan sebab program ni, bila lagi aku dapat ke Korea. Alhamdulilah syukur sangat,
Program ni basically banyak kami kena tanggung sendiri juga. Yang tak perlu bayar adalah kelas belajar, accomodation and lunch selama kat Mokpo sahaja. Flight ticket pergi balik, ticket KTX pergi balik dari Seoul, makan pagi, dinner dan belanja lain-lain sendirian berhad. Banyak juga habis situ. Sebelum confirm nak join, of course lah ada buat kira kira apa nak belanja sana, berapa habis. Takut tengok jumlah kira-kira tu. Tapi sebab nak sangat pergi gagahkan juga diri ni bertanya minta izin kat mak abah sambil tunjuk kos kira kira semua tu disertai doa dan ayat ayat manis (salah satu kunci rahsia berjaya mungkin hmmm). Tapi jujur time nak tanya tu tak letak harapan tinggi, lebih kepada nak try nasib. Explain-explain, alhamdulilah, mak abah izinkan pergi. Abah kata ni sebagai hadiah grad dan sebab tahu anak dia ni dari zaman sekolah korea je kerjanya. Mak sebagai mak mak of course lah risau tapi abah backup. huwaaaa sayangilah mak abah anda semua. Alhamdulilah sangat Allah permudahkan semua tu. Lepas parents dah approve, datang pula keraguan nak pergi sebab takde kawan. Berlagak acah boleh dapat kawan baru sana haha tapi bila mak abah dah approve rasa risau pula. Ada lebih kurang sebulan lagi time tu untuk confirmkan, so try ajak semua orang, yana, zah, nayli, zahra kawan yang rapat tu semua tak dapat gi :( tapi nak jugak pergi ni sebab mak abah dah bagi izin. Tanya mirza, dia macam berminat, dan akhirnya dia boleh gi dan berjaya tarik saif & ain jugak untuk join. Alhamdulilah, kawan settle, passport dengan document lain pulak nak kena settle.
Tup tup tup setel semua dah, tibalah hari beli ticket flight. Disebabkan kitorang kena beli ticket flight sendiri sendiri kitorang berempat pun wakillah sorang untuk jadi ketua beli ticket, si mirza. Kitorang beli flight ticket pukul 2 pagi ok. Hari jumaat sebab nak elak harga ticket hari miggu. Diketuai oleh mirza, riuhlah whatsapp group malam-malam tu. Disaat, semua tengah dibuai mimpi, kitorang berempat berwhatsapp nak pilih seat mana, nak makan apa, nak insurance tak. Dekat pukul 3 jugalah settle semua tu sebab diri ni tak yakin nak beli atau confirm tanpa mak ayah di sebelah. Scary lah nak beli ticket harga ribu-ribu tanpa persetujuan parents, dahlah pakai duit diorang. Keesokan harinya, rasa serba salah gila ya amat nak beritahu "Along dah beli flight ticket pergi balik dengan kawan, harga macam ni...". Nasib abah ok.
Lebih kurang 3 minggu sebelum berlepas, kitorang start pack/beli baju dan makanan sikit sikit. Dalam fikiran sikit sikit tapi malam sebelum nak depart, timbang beg yang hanya berisi makanan sahaja hampir 14 kg oiii! Setiap sorang 20 kg je limit. Time tu dah alamak, apa nak buat ni, terpaksa buang sikit apa yang tak perlu. Dan akhirnya dapatlah 19 kg termasuk baju. Btw lah kan, beg mirza 24 kg sampai sekarang misteri tak tahu dia bawak apa. Mirza sorang je ambil 30 kg haha dan siapa sangka rupanya ada hikmah mirza ambil extra 10 kg tu. Terima kasih mirza!
Tibalah hari berlepas, hari yang ditunggu tunggu. Kitorang kena ada kat mokpo by 19th June so kitorang beli flight awal pagi... atau flight tengah malam(?) 12:55 am. Mula ingat nak ambil flight 18th June tapi awal sangat pulak sampai nanti bosan jadi lebih baik sampai boleh terus gerak. Kitorang ke airport dalam 8 pm malam. Mak abah, amirysah, piya pun ikutlah sekali ngantar. Malam tu, still rasa macam takde apa apa, macam nak gi keluar dengan kawan je cuma lainnya sambil bawa luggage besar. Mak Abah tak boleh tunggu lama sebab flight tengah malam kan, jadi bersalam-salaman, peluk-peluk, ambil gambar, tapi yang peliknya tak rasa sedih tau. Kebiasaanya, akan ada drama air mata sebab seorang yang cepat cembeng. Mungkin ada hikmah disitu. Sementara nak tunggu boarding(?) nampak satu group besar tau, macam ramai gila, semua muka student je. Dapat agak dah mesti student Uniten yang join program ni jugak ni. Nampak seronok pula diorang gerak dalam group tapi kitorang gerak solo, berkumpul semua pun bila dah sampai incheon airport. Kitorang time ni tak kenal pun siapa yang join walaupun satu Uni haha, kenal diorang 3 jelah.
Time dalam flight, tak boleh tidur, langsung tak boleh. Dapat tidur pun tidur ayam tak sampai sejam, sejam sebelum sampai. Btw korang kalau nak gi nanti jangan lupa order chatime, sedap gila dan menyesal tak habis sebab dah start angin satu badan. Huwaaa. Angin lah kot punca tak boleh tidur, pandang jelah diorang ni tidur sambil berangan boleh tidur dalam train nak ke Mokpo nanti yang mengambil masa 3-4 jam untuk sampai.
TAPI!!! harapan punah apabila ticket train KTX sold out. Mungkin kitorang lambat beberapa saat atau minit je sebab kitorang cari shrimp burger kat Lotteria seoul station dulu. Lapar ~. Pengalaman sepanjang 19 hari dengan train kat bumi korea memang sekali seumur hidup, takkan pernah dan taknak lupa insyaallah. Kalau tak silap lah, sebab KTX penuh, kitorang kena naik Mugunghwa operated by Korail, kira macam train biasa yang stop kat semua station. Tempoh perjalanan macam lebih kurang sama kalau ambik KTX cuma sakit dia datang apabila kitorang kena tukar train 2 kali sambil bawa beg berat naik turun train. Ushhh tiba tiba boleh rasa lagi menggeletar tangan kaki angkut beg 20 kg time tu. Penat sangat ya allah. Bukan setakat kena tukar train je, kitorang dapat seat asing-asing juga which means kitorang kena duduk sebelah orang tak kenal. It's ok for me tapi bila dapat pakcik yang scary duduk sebelah memang diam terpaku takut nak bergerak selama 1/2 jam. Nak dijadikan cerita lagi, kitorang sampai awal kat Mokpo. Ada baik ada buruk. Baiknya, kitorang tak perlu naik taxi atau bus nak ke Uni sana (haeyang daehakgyo) sebab pihak Uni sediakan bus untuk kitorang dan diorang suruh keep this as 비밀 but! I believe during that time only 😋 mungkin sebab lecturer kitorang 한국사람 . Tapi buruk dan tak bestnya apabila kitorang tak boleh dapat bilik lagi sebab bermacam-macam alasan, orang lain tak sampai lagilah, bilik tak kemas lagilah. We had to wait for 4 hours in their office. Ada some of us yang keluar turun downtown while yang lain including me choose to stay dalam office sebab dah lemau. And once again, disaat semua dapat tidur walaupun tak selesa tidur duduk atas kerusi, I c a n ' t s l e e p ! I still can't sleep even after all the long adventurous hard journey we had coming from Seoul. Whylahhh.
Antara video-video sempat rakam. Otw nak ke Seoul station & Mokpo. Ada yang tengah topup T-Money.
T-money boleh dapat secara free tau korang! Hanya isi survey kat website KTO Malaysia.
Rasa macam waktu berlalu dengan begitu lambat. 7 PM baru dapat bilik and woahhh jarak dia dari office tak boleh bawak bincang. Mandi proper pun tak lagi time tu kitorang mandi peluh dah hahaha. Anyways, sampai bangunan hostel, terpegun jap sebab lawa sangat and 100x more better, more lawa dari hostel kat uni malaysia. Hilang kejap rasa penat time tu. Malam tu lebih kurang dalam pukul 10, selesai unpack semua, macam rugi pulak duduk bilik. Turun lah bawah, tengok scenery malam keliling hostel. Keluar lift je dah boleh rasa angin luar, summer sejuk macam ni ke? macam silap musim waktu je ni, 19°C tambah dengan angin kuat, menggigil. Mungkin sebab Uni betul-betul tepi laut tu yang sejuk semacam. Dan kitorang pun pulanglah ke bilik, menunggu lagi 3 orang yang sampai lambat sikit sebab ambil flight lambat. Hari pertama pun berakhir dengan tidur yang nyenyak mungkin ada selit sikit dengkuran halus dari penghuni bilik 411. Mungkin... tapi yang pasti bukan aku hahaha. 😴😴
Tak banyak gambar hari pertama sebab dah lemau sangat. Tapi panjang benor post Day 1 nya. Banyak hari lagi ni.
Ye, tahu semput takpayah lah ulang ulang -_-
Btw ni kos kira kira yang dimention atas tu, untuk tunjuk kat mak abah nak minta izin tu. Aku ni seorang yang tak suka suprise, I love spoilers haha. In order to do something I need to know dulu camna nak buat dan apa nak expect. Bracekan diri ni untuk terima apa apa impact pun. Sediakan payung sebelum hujan. So before going to mak abah, i did a lot of reading and scrolling thru google from ticket flight, transportation kat sana, makanan dll. I need to know harga secara kasar untuk semua semua tu. Bila google, tak ramai share experience join program macam ni kat mokpo. :( Nak tak nak kena masuk semua blog yang share jumlah expences diorang time kat korea. Berpuluh sampai berpinar mata nak cari harga bus, taxi, makanan ,pakaian, perlu bawak payung ke tak & etc. Tapi bila dah sampai sana, banyak lari jugak, ada yang mahal jadi murah dan sebaliknya. Ticket price untuk KTX dari Seoul to Mokpo dapat 47,800 ₩ from 53,100 ₩ sebab dapat diskaun student. Transportation dari Mokpo station ke MMU pula free. Tapi bila fikir balik, kitorang banyak habis duit kat transportation je sebenarnya muahahahahhaha mana tak nya, setiap hari selama 2 minggu kat mokpo keluar je manjang. Downtown lah, Uptown lah, Gwangju. Tapi bila dah ada kat situ, rugi tau kalau tak keluar jalan. Ramai dari kitorang, hari sabtu ahad akan ke Busan, Seoul, Jeju. TIdur lah selama 2/3 hari kat sana. Semestinya, me being students & anak yang takut nak spent duit mak ayah, duduk jelah diam diam dalam mokpo the whole weekend.