Raya di rumah sekali lagi!
Friday, May 7, 2021
Recently ada terjumpa satu program or service called Teman Malaysia which is basically diorang buat service 'teman' anyone especially the elderlies pergi kemana-mana sahaja whether its hospital appointment ataupun grocery shopping. Jujur sebenarnya saya terkejut bila dapat tahu wujud servis begini di Malaysia. May Allah blessed whoever founded and funded this program. Masih segar dalam ingatan program berbuka puasa di rumah orang tua 2/3 tahun lepas. Sedih sangat berbuka puasa dengan diorang. Riak muka diorang bila bercerita tells everything. Bermacam² cerita diluahkan. May allah keep them safe 💞
Boleh nampak sangat all they need di usia macam tu is companianship. Please dont ever leave them alone. Teringat uwan dikampung. Banyak kali tanya abah, "Ghayo mano tahun ni".
Sejak 2009, lepas tokwan meninggal, Sendayan lah satu satunya kampung yang kitorang ada untuk beraya dengan uwan. Im sorry if my writing akan offend anyone. But I had enough. Betullah, allah tu maha adil. Hikmah covid, baru semua adik beradik abah gusar siapa nak teman wan raya nanti. Kalau tidak.. sebelum ni "Takpe, adik ada".
Out of 11 years until 2019. Sekali je kitorang balik beraya kuantan 1st day raya. Masa tu, bibik masih ada dengan kitorang. Kitorang adik beradik excited bawa bibik balik kampung. Semua tempat kitorang tunjuk. "Bik tu tempat jual karipap. Bik ni mokteh. Bik ni itu, ni ini." Hahahaha.
Pejam celik pejam celik 10 tahun juga kami beraya di Negeri Sembilan. Buka puasa untuk hari last ramadhan umpama acara wajib kami setiap tahun tak pernah missed. Malam raya meriah sangat, cucu, anak saudara, sepupu, makcik pakcik semua berkumpul makan, main mercun ramai². Tapi malam tu jelah yang seronok. Pagi raya yang sepatutnya dilimpahi dengan gelak ketawa, suasana masak rendang kat dapur macam dalam iklan raya tu..tak kami rasai. Jujur saya cemburu dengan rakan yang masih ada suasana tidur luar ramai- ramai, beratur nak gosok baju dan beratur nak mandi. Pernah dapat memori macam ni tapi waktu kecik² dulu jelah 💞 Waktu rumah uwan masih berdinding dan berlantai kayu. Lepas rumah baru siap dibina dan atuk meninggal, rasa lain sangat suasana di kampung. Bermula dari situlah, perubahan perlahan-lahan berlaku.
Apa apa pun, pagi raya yang sepatutnya ceria jadi ala kadar buat kami selepas itu. Masih ceria cuma tak meriah. Meriah! Tapi selepas tengahari. Bila adik-beradik abah mula penuhkan ruang rumah, waktu tu lah mula meriah. Saya tak tahu, suasana ni normal atau tidak. Waktu masih sekolah dulu, excited tau! bangun pagi siap-siap. Abah bawa uwan pergi masjid solat hari raya aidilfitri. Saya kebiasaannya akan stay tolong mak di dapur. Bila di ingat kembali, rasa nak menangis pula. Mak memang abdikan masa pagi raya dia 90% di dapur. 10% lagi tolong suami & anak bersiap pakai baju raya. Outfit pagi raya mak tiap tahun, baju tshirt biasa je. Makanan dah siap masak dan dihidang, menjelang tengahari baru mak siap-siapkan diri sendiri. Oh ya! Saya masih ingat waktu form 4(2016) saya mula sedar akan sesuatu. Rasa pelik sangat. Persoalan ni mula bermain dalam fikiran saya "Kenapa tiap tahun, aku siap awal² tapi takde orang pun datang awal?" Waktu tu, mula rasa kesian sangat kat uwan. Dan dari situ, saya mula perasan satu habit yang dah jadi kebiasaan sehingga kini. Uwan suka duduk tepi pintu pandang pagar luar.
Setiap pagi raya, TV kitorang akan buka untuk elakkan kesunyian. Rancangan mhi kalau tak silap saya main tiap pagi raya. Waktu² tu kebiasaanya, uwan akan duduk depan tv dan nangis dalam senyap. Meski tiada air mata menitik, mata uwan merah berair. Waktu tu jugalah kami sekeluarga duduk depan uwan dan minta maaf. Lagi bertambah sedih pula uwan haha. Mula rasa geram sebenarnya, kenapa diorang buat macam ni kat uwan. Kenapa diorang buat macam ni kat abah. Tapi, saya pujuk hati dengan nyatakan "oh takpe, sebab abah anak last kot. Dan anak-anak abah masih kecil, masih belum berkahwin. Pakcik makcik yang lain perlu ada di rumah mereka sendiri untuk sambut menantu. Nak ada sesi salam pagi raya dan photography dulu di rumah sendiri." Begitulah cara saya pujuk hati waktu itu.
Oh ya nak tahu tak? Raya tahun lepas, raya pertama kami sambut di rumah sendiri. Raya PKP 2020. Kekok sangat kami rasa beraya di rumah sendiri. Seusai solat sunat raya aidilfitri, kami cuba mengikuti trend adik-beradik abah. Ambil gambar, salam raya dan makan². Tapi lepas tu kami bingung tak tahu nak buat apa 😟 sebab tak boleh kemana-mana.

Since 2009 we missed acara deco rumah sendiri & we missed beraya di rumah sendiri. Semua orang sibuk hias rumah, lawakan ruang tamu. Cat baru, langsir baru, pinggan baru. Tapi kami? Kami tiada moment² macam tu dirumah kami sendiri.
Bukanlah niat saya untuk tuding jari atau nak putarkan masa betulkan apa yang sepatutnya dibuat. Masing masing boleh berfikir mana patut dan mana tak patut. Jangan pernah pandang rendah benda yang dianggap remeh. Kalau dulu, "takpe, adik ada" "takpe, masri(pakteh) ada" boleh dimaafkan.. mungkin. Tapi sekarang ni keadaan dah berubah, harap masing masing boleh berfikir dengan betul. Kami di selangor tak boleh nak rentas negeri walaupun tanggungjawab anak untuk pulang tengok ibu tu wajib. Anak² yang berdekatan di sana perlu pegang tanggungjawab sebagai seorang anak dengan lebih. Jujur saya menulis ni sebab saya sedih dengan sikap beberapa orang dekat di sana, tuding jari kata abah dan adik beradik abah lain tak balik tengok uwan. Allahuakbar. Kalau lah saya sekaya nealofa, hari hari saya sediakan kenderaan beserta driver hantar abah dan adik-beradik abah yang duduk luar negeri sembilan ni untuk pulang tengok uwan. Maaf kalau saya silap kata, tapi sepanjang 24 tahun saya sekeluarga ulang alik setiap minggu, saya tak pernah nampak awak di rumah uwan. Ok tipulah saya kalau tak pernah nampak, nampak tapi jarang dan sekejap umpama singgah rumah jiran je.
Dan ini lagi satu, allahu. Saya cukup sedih dengan orang yang gemar bagi alasan untuk beredar cepat. Tambahan uwan tulah yang jaga dan membesarkan awak² semua waktu kecil dulu. Saya adik beradik tak diberi kesempatan untuk dijaga oleh uwan sebab mak suri rumah, kami 100% dijaga oleh mak di rumah sendiri. Saya faham kalau ada parents yang hantar anak anak kat rumah nenek mereka waktu diorang bekerja sebab tiada siapa nak jaga budak kan. Bagi saya, menjadi satu kewajiban untuk parents supaya sentiasa menerapkan nilai nilai baik kepada anak mereka dan sentiasa ajar anak² itu untuk hargai nenek mereka. Balas jasa nenek mereka itu. Tugas nenek ni bukan untuk jaga cucu tau sebenarnya. Jaga setakat boleh, tapi kalau jaga umpama anak sendiri, dari pagi hingga malam duduk di rumah nenek, tolong mandikan, hantarkan pergi sekolah dah dikira luar bidang 'jobscope' sebenar seorang nenek. Masyaallah, tolonglah hargai nenek kita tu.
Sekian rentetan (lebih kepada luahan) dari seorang yasmin. Its been so long since I've wrote last post. Rindu! Kita cuba semula ya yasmin untuk hidupkan blog ni. Janji yang ke seribu kali.
Thank you & Miss you!

I’m fascinated by the bright light of your beauty